Janna Nick Dedah Ada Individu Mahu Pinjam Wang RM8,500 Selepas Kantoi Mencuri – ‘Kau Yang Curi, Minta Orang Lain Bayar’

Shopee Sale


Janna Nick

Seorang individu meminta pertolongan dalam bentuk wang daripada pelakon Janna Nick selepas ditangkap melakukan kesalahan mencuri.

‘Tolong saya kak…’

Janna Nick

Menerusi hantaran di Instagram Story, Janna memuat naik tangkap layar memaparkan mesej diterima daripada inidividu tersebut yang mahu meminjam wang berjumlah RM8,500.

Tolong saya kak, saya kantoi mencuri. Saya memerlukan duit untuk bayar balik tapi saya tiada duit.

Saya harap sangat akak dapat bantu saya dalam RM8,500. Saya tiada sesiapa. Dia orang nak hari ini juga.

Enggan berasa simpati, pemilik nama lengkap Nurul Jannah Muner, 29, meminta individu terbabit untuk bertaubat dan menyesali perbuatannya itu.

Orang penat kerja, menyimpan, dia senang je mencuri lepas itu kantoi. Minta orang lain bayar. Bertaubatlah dik.

Hari ini kita curi, tipu orang… esok Allah balas berkali-kali ganda lebih teruk dari nilai yang kita curi tu. Maaf saya benci orang malas.

MENARIK:  Baim Wong Puji Bakat Anna Jobling, Pilih Jadi Watak Utama Filem Lembayung Dalam Masa Sehari!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular