‘Jawapan Daddy Is Working’ – Kenapa Anak-Anak Masih Kecil Untuk Memahami, menurut Mawar Rashid

Shopee Sale


Mawar Rashid

Pelakon, Mawar Rashid memilih untuk tidak bercakap tentang isu perceraian dengan bekas suami, Raf Yaakob kepada tiga orang cahaya matanya.

‘Masih kecil untuk memahami’

mawar

Ketika ditemui , Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, anak-anaknya masih terlalu kecil untuk memahami apa yang terjadi antara dia dan bekas suami.

Jelas Mawar, dia bersyukur apabila isu perceraian tidak memberikan kesan buruk terhadap pembesaran anak-anaknya.

Boleh kira berapa kali sahaja anak tanya (fasal bapa mereka). Saya rasa gembira isu cerai ini tidak memberikan kesan yang buruk kepada anak-anak.

Adakala kalau anak yang paling kecil tanya mana ayah dia, sebab dia paling manja. Saya akan jawab ‘daddy is working’.

Anak-anak masih lagi kecil untuk memahami isu ini kerana belum cukup matang dan saya kembali semula ke industri pun kerana mereka.

Kecuali anak Raf yang besar itu mereka tahu tentang perceraian ini, sebab mereka dah besar. Cuma anak saya sahaja tidak.

Mawar berkata demikian ketika ditemui pada majlis bacaan doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di bangunan Metrowealth, Petaling Jaya, pada Isnin.

Dalam pada itu, disoal mengenai penggiliran menjaga anak, aktres berusia 29 tahun itu menjawab ketika hari persekolahan, anak-anak akan tinggal bersamanaya. Manakala, pada hujung minggu akan bersama dengan Raf.

Anak-anak memang duduk dengan saya kalau hari biasa, bila hujung minggu kebanyakkan mereka akan dengan bapa (Raf). Bila hari anak sekolah akan dengan saya.

Hubungan dengan bekas suami insya-Allah dalam keadaan baik dan kami berhubung memang mengenai anak-anak.

Berkongsi mengenai perkembangan karier, Mawar berkata tahun 2024 bakal menjadi tahun yang baharu untuk dia kembali ke dunia industri selain mahu mengembangkan lagi perniagaan.

Tahun ini bakal menjadi tahun baharu untuk saya dan karier saya. Nantikan juga produk baharu saya nanti yang akan dilancarkan sempena raya tidak lama lagi. Doakan dipermudahkan segala urusan saya.

Terdahulu, Mawar mengesahkan sudah berpisah dengan adik kepada chef selebriti Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob, pada November tahun lalu disebabkan tiada persefahaman.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Masa Usia 20-an Saya Dah Bersedia Nak Jadi Ibu Tapi Masa Tu Jodoh Saya Sampai Lambat’ – Ainul Aishah

Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Raf juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular