Jawi Maklum Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies Sudah Selesai

Shopee Sale


Aliff Aziz dan Ruhainies

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan selebriti Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

Siasatan selesai

Aliff Aziz dan Ruhainies

Ketika ditemui OhBulan, Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

Siasatan sudah selesai dan Jawi memberi kerjasama kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk melengkapkan siasatan tersebut.

Kertas siasatan pun sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan, insya-Allah sebagaimana prosedur biasa itulah prosesnya.

Mohd Ajib berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Tanyalah Ustaz: Akad 40 yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu Mohd Ajib berkata, keputusan selanjutnya terletak kepada pihak JAPENS untuk membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan yang diserahkan.

Terpulang kepada JAPENS untuk buat pendakwaan selepas siasatan lengkap.

Tarikh selanjutnya tiada tapi ia bergantung kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini, Jawi menegaskan pihaknya tidak berkompromi dalam soal tangkapan khalwat meskipun Aliff dan Ruhainies berstatus selebriti.

MENARIK:  Rosyam Nor Tak Setuju Artis Bermasalah Kena ‘Banned’, Minta Beri Ruang Perbaiki Diri – ‘Tak Ada Orang Nak Buat Silap’

Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular