‘Jika Tak Suka Posting IG Saya Abaikan, Pergi Dengar Ceramah Ustazah’ – Fathia Latiff Penat Layan Netizen

Shopee Sale


Fathia Latiff

Pelakon Fathia Latiff akui berasa tidak selesa apabila ada netizen yang meninggalkan komen kurang baik dan saling berdebat antara satu sama lain di ruangan balas pada ‘posting’ di Instagram miliknya.

‘Pergi dengar ceramah’

Fathia Latiff

Menurut Fathia, sekiranya netizen tidak berminat dengan hantaran yang dikongsikan, dia menasihati mereka untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah seperti mendengar ceramah.

Korang, pergi buat kerja masing-masing and get your life. Jika kalian tidak suka posting di Instagram saya, pergi tempat lain dan abaikan.

Kalian tidak perlu berdebat di ruangan komen posting saya. Sebab saya rasa perkara itu menjengkelkan.

Kalau rasa tidak selesa atau tidak suka, kalian boleh pergi dengar ceramah ustazah. Kalau rasa korang baik sangat nak komen fasal orang lain.

Fathia berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video di Instagram Story miliknya.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Ariana Rose berkata, dia penat melayan sikap segelintir manusia yang ‘bertopengkan’ kebaikan.

Sebab saya penat dengan orang yang acah-acah baik. Korang pun belum tentu lagi nak masuk syurga atau neraka. Boleh nasihat tapi jangan sampai hina-hina.

MENARIK:  Meiska Adinda Cipta Nama Di Malaysia, Lagu ‘Dursila’ Jadi OST Drama ‘Malang Si Puteri’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular