Jiran Melaporkan Niat Menanam Mayat Anak di Belakang Rumah kepada Polis

Shopee Sale


Sekadar gambar hiasan

Motif seorang lelaki menggali lubang di belakang rumahnya akhirnya terbongkar, rupa-rupanya lubang itu digunakan untuk menanam mayat anaknya sendiri dalam satu kejadian di Jambi, Indonesia.

Tanam mayat anak dalam lubang

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Tribunnews, suspek yang berusia 44 tahun itu telah mencekik anak lelakinya, 12 sehingga mati. Selepas menyedari mangsa sudah tidak bernyawa, suspek bertindak menggali lubang di belakang rumahnya bertujuan untuk menguburkan mayat anaknya.

Tetapi siapa sangka, tindakannya ketika itu dilihat oleh seorang jirannya, Sabli. Sabli mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dan dia kemudian memasuki rumah suspek untuk memastikan tiada apa-apa perkara berlaku.

Tetapi alangkah terkejutnya apabila dia melihat anak suspek terbaring kaku dalam keadaan tidak bernyawa. Sabli kemudian memanggil jiran tetangga dan membuat laporan polis.

Susulan daripada itu, suspek (bapa kandung mangsa) telah ditahan bagi membantu siasatan. Hasil siasatan awal mendapati, suspek disyaki membunuh anak kandungnya sendiri kerana berang mangsa enggan menetap di rumahnya dan bertegas mahu ke rumah ibu kandungnya (bekas isteri suspek).

MENARIK:  Dahlia Rizal Sangkal Dakwaan Kulit ‘Flawless’ Sebab ‘Facial Treatment’ Semata – ‘Perlu Maintenance & Skin Care Juga’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular