Jofliam Rindu Anak-Anak – ‘Sepatutnya Han Join Ke Milan, Tapi Ada Benda Yang Menghalang’

Shopee Sale


Pempengaruh dan usahawan Jofliam meluahkan rasa rindu terhadap dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki selepas mendedahkan tentang isu pergolakkan rumah tangganya.

Rindu anak-anak

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Jofliam berkongsi tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp di antara dia dan anak lelakinya.

Berdasarkan perbualan tersebut Jofliam meminta anaknya untuk berkongsi gambar dan menyatakan bahawa dia amat merindui mereka.

Saya rindukan anak-anak saya.

Dalam masa yang sama, pempengaruh tersebut turut memaklumkan bahawa pada awalnya dia merancang untuk membawa anak sulungnya itu ke Milan, Itali.

Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa dibatalkan kerana sebab-sebab tertentu.

Sebenarnya, Han sepatutnya turut ke Milan. Tapi ada benda yang menghalang dan saya ikutkan saja sebab tak nak susahkan sesiapa.

Tapi Han paling teruja untuk Top 100 Pizza. Tunggu papa balik Han!

Difahamkan, Jofliam yang terkenal dengan Pizza Wagyu kini berada di negara tersebut untuk menyertai pertandingan Top 100 Pizza.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan isterinya, Cik Epal malah pelbagai spekulasi mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.

MENARIK:  Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung ‘Made In Vietnam’ Berjaya – ‘Sekarang Dah Tak Ada Benjol’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular