Industri muzik tanah air terus diwarnai oleh bintang baharu Hakim Hay. Dengan suara yang memukau dan kehadiran yang karismatik, Hakim Hay pantas menjadi perhatian dalam kalangan peminat muzik tempatan.
Hello Cinta
Bintang berusia 19 tahun ini membuat kemunculan sulungnya dengan mempertaruhkan single sulung berjudul Hello Cinta. Lagu ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hanis Rafi, Omar K dan Iqie Hugh.
Hakim Hay tampil dengan gaya muzik yang segar, memadukan elemen pop, balada, dan sentuhan indie yang memikat. Dengan vokal yang penuh emosi dan keupayaan menyampaikan lirik yang dekat dengan kehidupan seharian, Hakim Hay mampu menarik perhatian ramai dengan lagu yang memukau jiwa.
Hakim berkata, genre itu dianggap sesuai dengan pasaran muzik semasa selain ia cukup dekat golongan remaja.
Genre muzik ini terbukti menerima sambutan yang hangat daripada golongan muda kerana ia mampu menyampaikan mesej yang dapat dirasai oleh golongan ini.
Selain itu, populariti genre ini turut berkembang pesat dalam kalangan remaja kerana ia mampu mencerminkan realiti kehidupan remaja pada masa kini.
Genre muzik ini juga mampu memberikan impak yang positif dan membanggakan kerana ia mampu menyelaraskan diri saya dengan kehendak serta keperluan muzik muda-mudi pada hari ini.
Dengan kata lain, genre muzik ini bukan sahaja mendapat sambutan melebihi jangkaan tetapi juga mampu mengekalkan relevansi di dalam industri muzik semasa dengan mencipta gelombang positif dalam kalangan generasi muda.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya genre muzik ini terus menjadi kegemaran remaja dan mampu membentuk identiti mereka melalui lagu-lagu yang unik dan bermakna yang dihasilkan dalam genre ini.
Jatuh hati pandang pertama
Berkongsi lanjut, lagu Hello Cinta mengisahkan mengenai seorang jejaka yang jatuh hati pandang pertama dengan gadis yang diminati.
Selepas beberapa kali pertemuan, si jejaka berada dalam keadaan keliru sama ada untuk menegur dan berkenalan dengan gadis itu. Setelah berkenalan, bibit-bibit pencintaan berputik antara mereka.
Mampukah jejaka ini mengisi ruang hati si gadis yang baharu dikecewakan kekasih terdahulu? Hello Cinta ada jawapannya.
Hakim berkata, dia mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak teruma komposer dan pasukan penerbitan dalam penghasilan video muzik lagu Hello Cinta.
Pengalaman merakam lagu ini tidak lama. Ia mengambil masa kurang enam jam untuk mendapatkan rentak dan ‘tone’ suara yang sesuai.
Komposer iaitu Hanis Rafi, Omar K dan Iqie Hugh, sangat mudah dan mereka banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses rakaman lagu ini.
Penggambaran MV pula diarahkan oleh Amylea Azizan yang berjiwa ‘muda’ menggambarkan penceritaan lagu yang cukup santai, ‘sweet’ dan bersahaja.
Tak lupa juga kepada semua kru yang terbabit serta pembawa watak Zarif Ghaz dan Alissa yang memberi komitmen sangat baik sepanjang penggambaran.
Pastinya, sebagai penyanyi baharu Hakim berharap lagu Hello Cinta mampu diterima baik peminat muzik tempatan.
Saya sangat bersungguh untuk menyampaikan mesej cinta melalui lagu ini, dengan harapan dapat menginspirasi dan menyentuh hati pendengar.
Melalui melodi yang indah dan lirik yang mendalam, saya berharap agar lagu ini dapat menjadi sumber kegembiraan dan ketenangan bagi mereka yang mendengarkannya.
Dengan penuh semangat, saya ingin berkongsi bakat dengan lebih ramai orang serta ingin membina hubungan yang lebih rapat dengan komuniti muzik tempatan.
Inilah yang mendorong saya untuk terus berkarya dan menghasilkan lagu-lagu yang bermakna, dengan impian agar dapat mencapai kejayaan yang lebih besar dalam arena muzik tempatan.
Semoga lagu ini juga menjadi batu loncatan untuk terus memahat nama di hati penggemar muzik tanah air. Mungkin ke pentas prestij Anugerah Juara Lagu?