Jom ‘Raya Stail Kita’ Dengan Busana Tradisional Di Shopee – Boleh ‘Return’ Percuma Dalam 15 Hari!

Shopee Sale


Sedar tak sedar dalam dua minggu lagi umat Islam bakal menyambut Syawal, kami yakin sekarang ini mesti korang dah beriya sakan buat persiapan raya kan?

Lagi-lagi korang yang suka beli barang secara atas talian, kena pesan awal supaya sempat sampai sebelum raya. Tapi, macam mana kalau barang dah sampai tiba-tiba korang tak suka pula?

Jangan risau dengan Shopee korang boleh ‘return’ semula secara percuma!

Tak perlu pening-pening dah sebab Shopee menawarkan kemudahan 15 Hari Pemulangan Percuma. Tanpa Soal* untuk ‘return’  barangan belian korang tanpa sebarang kos tambahan dalam masa 15 hari, tanpa soal*.

Gerenti mudah dan cepat!

Kelebihan ini boleh dinikmati semua pelanggan Shopee untuk pelbagai jenis jualan yang mempunyai label ‘free return’ di Shopee.

#Shopeerailokal baju raya cantik di Shopee dari jenama tempatan

Shopee komited untuk membantu pengusaha tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka. Sebelum ini Shopee pernah menerbitkan  buku “Terokai Kejayaan Anak Tempatan” yang menyenaraikan penjual tempatan dari seluruh negara, dan dokumentari “Breaking Barriers Online”.

Terkini, Shopee nak ajak orang ramai untuk ‘Raya Stail Kita’ dengan menggayakan busana tradisional hasil ciptaan kreatif jenama tempatan sendiri.

Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan perkembangan fesyen tetapi juga memupuk pertumbuhan ekonomi dalam komuniti.

Jom tengok, antara jenama baju raya tempatan yang diketengahkan semasa pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita, di mana mereka menunjukkan kepelbagaian koleksi mereka dengan trend Kek Lapis, Vibe Raya Oren, dan Nostalgia Balik Kampung, sesuai untuk digayakan di pagi raya!

Bayu Somerset

Dicipta daripada fabrik kapas yang lembut, pilihan baju dari Bayu Somerset sangat selesa dipakai terutama sekali dalam keadaan cuaca yang agak panas.

Terkenal dengan rekaan unik dan ceria, mereka mengetengahkan potongan tradisional, namun diselitkan sedikit kelainan melalui corak funky dengan sentuhan berwarna-warni.

Raya anda pasti lebih ceria dengan busana Bayu Somerset yang mampu milik dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Asikin Ahmad

Asikin Ahmad mengetengahkan busana tradisional yang elegan dengan sentuhan kontemporari.

Mereka menawarkan hasil rekaan yang berkualiti tinggi untuk sambutan istimewa seperti Syawal mahupun buat menghadiri majlis-majlis rasmi.

Mengangkat slogan Classic Itu Classy”, mereka komited untuk menghasilkan busana yang tak lapuk ditelan zaman.

INHANNACommunity Verified icon

Untuk koleksi raya kali ini, INHANNA mengekalkan konsep sederhana dengan sentuhan kreatif yang bakal menaikkan aura si pemakai.

Mereka memastikan setiap persalinan adalah sopan untuk digayakan golongan yang berhijab, membolehkan korang untuk beraya dengan penuh stailish!

Bagi lelaki, INHANNA mempersembahkan Baju Melayu dengan sentuhan vintaj. Ia mengetengahkan intipati glamor retro menggambarkan kegembiraan untuk pulang ke kampung halaman.

Liyanacollection

Liyanacollection menampilkan koleksi elegan baju kurung klasik dengan perincian brokat, potongan unik dan aksen renda yang menarik perhatian.

Ciri tradisional di setiap rekaan bakal membuatkan si pemakai terlihat anggun berseri.

Korang hanya perlu oleskan sedikit gincu merah untuk melengkapkan keseluruhan gaya, kemudian boleh terus beraya sakan!

Adnaa

Adnaa adalah jenama yang terkenal dengan kebolehan mereka untuk menghasilkan pakaian tradisional.

Jika dulu mereka lebih fokus kepada busana pernikahan namun kini Adnaa sudah meluaskan perniagaan mereka dengan menghasilkan pakaian kasual dan tradisional untuk raya.

Koleksi Adnaa mencerminkan keanggunan dengan harga yang mampu milik. Antara pilihan yang ditawarkan adalah set pasangan dan pelbagai pilihan sampin buat para lelaki.

MENARIK:  Misya Mazlan Kongsi Foto Lengkap Satu Keluarga, Ukir Senyuman Di Bibir – ‘Karna Bersamamu Semua Terasa Indah’

Mikaseries’s Mikawear – Indra Exclusive by Zoey Rahman

Pelakon Zoey Rahman akhirnya menampilkan koleksi pakaian rayanya sendiri iaitu koleksi Indra Exclusive.

Jenama ini dibangunkan mengikut pemahaman mendalam Zoey tentang fesyen lelaki, setiap helaian daripada koleksi ini dipastikan dapat melengkapi gaya lelaki moden.

Indah Pesona

Indah Pesona sudah mula bertapak dalam bidang fesyen sejak 30 tahun lalu. Kebolehan mereka untuk menghasilkan pakaian yang selesa dan bergaya sememangnya tidak perlu disangkal lagi.

Menerusi koleksi ‘QAYRAA’ mereka menggabungkan keanggunan moden dan tradisi dengan harga sangat mampu milik.

Antara yang ditawarkan adalah baju Melayu, kurta dan pakaian kanak-kanak sesuai untuk gaya sedondon bapa dan anak.

Panda Eyes 

Panda Eyes ialah destinasi popular untuk peminat fesyen, menawarkan pelbagai aksesori kecantikan, pakaian, beg, jam tangan dan banyak lagi pada harga yang berpatutan.

Sebagai salah satu jenama yang dipercayai dalam industri fesyen Malaysia, mereka tampil kreatif dengan helaian raya yang boleh digayakan dalam pelbagai cara, sekaligus memberikan si pemakai kebebasan untuk bergaya mengikut citarasa masing-masing.

Zoe Arissa

Zoe Arissa ialah jenama fesyen Muslimah terkemuka, menawarkan pakaian sederhana yang bergaya, selesa dan mampu milik.

Jenama ini terkenal dengan komitmen mereka untuk sentiasa menyediakan yang terbaik buat pelanggan.

Kualiti Zoe Arissa dijamin premium dengan perincian yang unik serta selesa dipakai buat kesemua seleksi kurung, selendang dan pelbagai helaian lain mereka.

Hernes

Hernes terkenal dengan fabrik kapas berkualiti tinggi dan reka bentuk yang pelbagai, mereka komited untuk memenuhi keperluan wanita Malaysia dengan mengetengahkan ciri ‘kesederhanaan gaya’ menerusi seleksi baju kurung, blaus dan tudung eksklusif.

Mereka juga  juga mengutamakan keselesaan dan kemampuan agar lebih ramai para wanita dapat menyarung busana mereka.

Jom pesan sekarang untuk penghantaran sebelum raya!

Jangan dah sehari-dua sebelum raya baru korang kalut nak pesan baju raya, memang tak sempatlah korang nak bergaya dengan baju baru.

Sediakan persiapan Raya dengan lebih awal! Sehingga 10 April, ambil peluang ini untuk bayar dengan ansuran 0% selama 3 bulan dengan SPayLater di Shopee. Tawaran ini termasuk semua produk, daripada fesyen ke barangan elektronik, untuk semua pengguna.

Lebih menarik lagi, pengguna SPayLater baharu akan menerima baucar RM15 diskaun.

Jom pilih baju raya yang korang suka di dan baju raya korang akan dihantar terus ke depan pintu rumah!

Selamat shopping!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular