Jongkong Emas & Barang Kemas RM2.1 Juta Milik Usahawan Terkenal Ditanam Di Dasar Sungai

Shopee Sale


Pihak polis berjaya menemui hasil rompakan berupa kotak besi berisi empat jongkong emas bernilai RM1 juta yang ditanam di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor milik seorang usahawan wanita terkenal.

Taktik kotor perompak berjaya dikesan

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, pihak polis turut menemui beberapa barangan kemas dan beg berjenama di sebuah kediaman di Batu Pahat.

Kita berjaya menemui semula peti besi milik mangsa, hasil pemeriksaan lanjut, kita menemui empat jongkong emas bernilai RM1 juta di ruangan dalam peti besi berkenaan.

Kita merampas 15 utas rantai emas, 14 utas gelang, dua bentuk cincin, tujuh beg berjenama, satu loket dan subang emas yang dilanggarkan bernilai RM2.1 juta.

Empat suspek warga tempatan yang berusia 22 hingga 36 tahun telah diserahkan kepada bahagian sama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk siasatan lanjut. Difahamkan, kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan usahawan wanita terbabit.

Modus operandi kumpulan itu menyasarkan kediaman usahawan atau pempengaruh media sosial.

Pada 19 Mac lalu, suspek membawa polis dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke lokasi barang kemas tersebut dibuang di Sungai Sembrong.

Menurut sumber, suspek utama kes pecah rumah itu mempunyai 20 rekod jenayah dan dadah.

MENARIK:  Dahlia Rizal Beri ‘Greenlight’ Imran Aqil Kahwin Dua – ‘Kena Lagi Lawa Daripada Saya’

Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang wanita berhubung satu kejadian pecah rumah di Padang Balang, Sentul.  Kejadian berlaku antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam itu, ketika tiada orang di rumah tersebut.

Kamera litar tertutup di kediaman itu dirosakkan oleh suspek, namun siasatan lanjut di tempat kejadian telah dibuat oleh pasukan forensik.

Anggaran kerugian yang dilaporkan wanita itu berjumlah RM3.5 Juta dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular