Jovian Gagal Bayar ‘Friendly Loan’, Mahkamah Tinggi Arah Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat

Shopee Sale


Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar RM10 juta kepada dua pengarah syarikat selepas didapati gagal membayar dua pinjaman persahabatan (friendly loan).

Friendly loan

Menerusi laporan BH Online, keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin pada 2 dan 4 April lalu, selepas membenarkan penghakiman terus yang dimohon syarikat Cekap Air Sdn Bhd dan Bina Pragmatik Sdn Bhd.

Penghakiman terus merujuk kepada suatu permohonan yang difailkan oleh pihak yang memulakan tindakan (plaintif) untuk mendapatkan penghakiman daripada mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan.

Perkara itu disahkan firma guaman Saiful, Roger & Co. yang mewakili kedua-dua syarikat berkenaan.

Ahmad Fairuz dalam penghakimannya memerintahkan Jovian selaku defendan membayar RM5 juta, masing-masing kepada Bina Pragmatik Sdn Berhad dan Cekap Air Sdn Bhd yang bertindak selaku plaintif.

Difahamkan, Jovian sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada 30 April lalu.

Pada 16 Mei tahun lalu, dua syarikat berkenaan memfailkan saman terhadap Jovian secara berasingan kerana didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, syarikat terbabit mendakwa Jovian adalah kenalan kepada pengarah syarikat Cekap Air, Yong Zhen Wei dan pengarah Bina Pragmatik, Azirul Salihin.

Cekap Air mendakwa, ia meminjamkan RM5 juta kepada Jovian atas permintaan lisan pereka fesyen itu pada 25 Februari 2022, dan memindahkan wang berkenaan ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili Jovian.

Menurut Cekap Air, firma guaman terbabit mengesahkan penerimaan wang itu atas arahan defendan.

MENARIK:  Hidayah Mendorong Netizen untuk 'Mendukung' Filem Terakhir Arwah Abam

Bina Pragmatik pula mendakwa meminjamkan wang dengan jumlah sama kepada Jovian pada 25 Mac 2022 dan turut memindahkan wang ke akaun pelanggan firma guaman sama.

Kedua-dua plaintif itu mendakwa, pinjaman persahabatan terbabit perlu dilunaskan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.

Dakwa plaintif, pinjaman itu diberikan dan dilakukan secara lisan dan kasual kerana mereka dan Jovian adalah kenalan dan tidak ada sebab untuk meragui ahli perniagaan itu kerana beliau mempunyai beberapa perniagaan lain, selain ketika itu menantu kepada bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, kedua-dua plaintif mendakwa sehingga kini, defendan memungkiri perjanjian pinjaman dan gagal membayar semula atau memulangkan kembaliwang berkenaan menyebabkan mereka mengalami kerugian.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular