Juju Pertaruhkan ‘Raya Patutnya Aku’, Aktif Buat Program Infaq Sempena Bulan Ramadan

Shopee Sale


Penyanyi dan usahawan, Julianah berkongsi mengenai perjalanan karier seninya dan aktiviti sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.

Tak fikir bergelar artis

Menurut Julianah atau mesra disapa Juju, tahun ini dia menghasilkan lagu ‘Raya Patutnya Aku’ sempena perayaan Aidilfitri. Lagu ‘Raya Patutnya Aku’ itu dihasilkan olehnya sendiri dengan kerjasama penulis lirik Zamzoy dan susunan lagu mendapat sentuhan AR Wanz. Tambah Juju, lagu tersebut turut dinyanyikan oleh Intan Shaha dan Puteri Sheira.

Disoal mengenai sasaran menghasilkan lagu-lagu lain pada masa akan datang Juju memberitahu, penampilannya bersama single itu bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana artis sebaliknya lebih kepada minat serta dikurniakan sedikit bakat dalam bidang seni.

Pada usia sekarang saya tidak memikirkan untuk bergelar artis kerana saya mempunyai tanggungjawab dalam bidang kerja dan tugas-tugas lain termasuk menjaga anak-anak angkat saya.

Saya juga tidak meletakkan sasaran untuk memasarkan lagu ini di mana-mana saluran. Saya juga gembira jika lagu ini mendapat maklum balas positif daripada pendengar atau peminat muzik.

Buat program infaq sepanjang Ramadan

sempat bertanya kepada Juju mengenai aktivitinya sepanjang bulan Ramadan. Jelas Juju, sebagai seorang usahawan juga, dia akan membuat program infaq. Program tersebut telah bermula sejak 2019 tatkala musim PKP.

Untuk Ramadan tahun ini, saya menjalankan program agihan makanan (roti john) kepada sekolah tahfiz, rumah anak-anak yatim, gelandangan serta masjid dan surau berdekatan. Setiap hari saya akan hantar sebanyak 100-150 roti john.

Selain itu, kami turut menyerahkan 100 bungkus bakul makanan berisi beras, minyak susu, gula, tepung dan lain-lain kepada keluarga Asnaf di sekitar Wangsa Maju.

Terbaru iaitu semalam, kami mengadakan program Ketuk- Ketuk Sahur dengan kerjasama NGO Women Power, Biro Penerangan Wanita Umno Bahagian Wangsa Maju serta pasukan penghantar makanan. Kami berkonvoi sebanyak 30 buah biji motor dan 1 4×4. Kami sedia 350 pek makanan dan air.

Ibu tunggal berusia 42 tahun ini turut mengakui bahawa dia sememangnya suka melakukan program kebajikan ini kerana dia pernah melalui kehidupan seperti gelandangan suatu masa dahulu.

Kadang nak makan pun meminta-minta, jadi saya tahu rasanya hidup tidak berduit dan susah. Terima kasih kepada team Juju yang banyak membantu dari awal 2019 program infaq sehingga kini.

MENARIK:  Jom Buat Analisis Kulit Secara Percuma Di Eucerin Biggest Haut Institut: Skin Science Innovation Sunway Pyramid

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular