Jungkook & V BTS Saman Youtuber Terkenal, Tuntut Ganti Rugi Cecah RM295k

Shopee Sale


Anggota kumpulan BTS, Jungkook dan Taehyung telah memfailkan saman terhadap seorang Youtuber terkenal, Park iaitu pemilik saluran Sojang.

Fail saman cecah RM295k

Pada 16 Ogos, Star News melaporkan bahawa Jungkook dan Taehyung atau lebih mesra dengan panggilan V telah menuntut ganti rugi sebanyak kira-kira ?90 juta KRW (kira-kira RM295,756).

Menurut agensi BigHit Music, saluran Youtube Sojang telah mengeluarkan kandungan yang berunsur fitnah sehingga menganggu nama baik artis dan syarikat.

Difahamkan, sebelum ini kes tersebut digantung namun kini kes dibuka semula selepas pihak BigHit berjaya mengumpul maklumat tambahan berkaitan Park untuk diserahkan kepada pihak polis.

Untuk info, Sojang merupakan sebuah saluran YouTube yang memuat naik video berunsur negatif mengenai idol K-pop dan selebriti Korea. Selain itu, Sojang juga kerap menyebarkan khabar angin dan fitnah terhadap bintang terkenal.

Selain BTS, Jang Wonyoung dari IVE, Kang Daniel dan beberapa selebriti lain turut mengemukakan tindakan undang-undang terhadap Park.

MENARIK:  #CSOIAM: Rezza Shah Tak ‘Koyak’ Dikritik, Mengaku Pernah Datang Lewat Sesi Latihan – ‘Saya Terlajak Tidur Sebab Ada Insomnia’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular