Kakak Bersyukur 90 Peratus Rangka Arwah Bella Sudah Ditemui – ‘Kami Menanti Hasil Forensik’

Shopee Sale


Kakak kepada mangsa pembunuhan kejam Mila Sharmila Samsusah atau Bella iaitu Norhisham Samsusah meluahkan rasa syukur apabila sebahagian rangka dipercayai milik arwah adiknya sudah pun ditemui.

Doa agar anggota lain ditemui

Memetik laporan Harian Metro, Norhisham yang lebih mesra disapa Ayu mendapat tahu mengenai penemuan rangka itu selepas dihubungi pihak polis.

Menurut Ayu, sebahagian rangka itu ditemukan tidak jauh dari lokasi penemuan rangka sebelum ini yang terletak di dalam rumah sewa terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Alhamdulillah, sebahagian rangka arwah Bella ditemukan tapi kami masih tunggu keputusan forensik.

(Sebanyak) 90 peratus rangka ditemukan dipercayai milik Bella, mohon doakan supaya anggota lain dijumpai.

Kami bersyukur kerana hasrat mencari sebahagian rangka itu ditemui. Kami sangat berharap kesemuanya akan ditemukan sekali gus membuatkan kami tenang.

Sebelum ini, Ayu mendedahkan dia dan keluarga terkejut dan menitiskan air mata apabila mendapati jasad adik kesayangannya ditemui tanpa kedua-dua tangan dan kaki.

Difahamkan mereka mula menyedari mengenai perkara tersebut ketika memandikan rangka Bella yang tidak sempurna di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Susulan itu, keluarga arwah Bella membuat surat permohonan kepada pihak polis untuk mencari sebahagian lagi rangka yang belum ditemui.

Sekadar info, Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember tahun lalu dan meninggalkan dua anak, Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2.

MENARIK:  Dayang Nurfaizah Terkilan & Sedih Rakam Lagu Terakhir Rudy Imran

Polis kemudiannya mengesahkan rangka yang ditemukan di sebuah rumah terbiar Batu 7, Tongkang Pechah adalah milik Bella melalui hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan ke atas mangsa.

Jenazah Bella selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banaang selepas disembahyangkan di Masjid Datuk Bentara di Batu Pahat, Johor.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular