‘Kami Tak Buka Pun Bungkusan Itu Jadi Tak Tahu Apa Isi Di Dalamnya’

Shopee Sale


Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai video penemuan objek misteri berupa bungkusan kertas diikat benang dengan paku di pusara Allahyarham Tuan Guru Mohd Yassin Mohd yang juga bapa kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tak takut tapi sedih

Berikutan penularan video tersebut, cucu kepada Allahyarham iaitu Noor Danial Farhan meluahkan rasa sedih dan tertanya mengenai motif sebenar kesemua benda itu diletakkan di kubur datuknya.

Tak rasa takut tapi sedih dan tertanya apa motif ia diletakkan di kubur datuk saya.

Tambah Danial lagi, benda itu ditemui dekat dalam timbunan rumput dan tanah di pusara datuknya yang meninggal dunia pada 1975.

Berbicara lebih lanjut, Danial berkata, ia disedari bapa saudaranya, Mohd Nasri Mohd Yassin  ketika mereka sekeluarga menziarahi pusara di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1 Muar, Johor.

Selepas solat sunat Aidiladha, kira-kira jam 9.30 pagi semalam, saya bersama isteri, emak dan pak cik (bapa saudara) pergi ziarah kubur datuk.

Kali terakhir saya pergi Aidilfitri lalu dan semalam ambil kesempatan untuk ziarah.

Sampai di kubur, pak cik nampak ada objek berkenaan jadi baca bismillah, al-Fatihah dan selawat sebelum alihkan.

Kami tak buka pun bungkusan itu jadi tak tahu apa isi di dalamnya.

Ujar Danial, benda yang sama turut ditemui di pusara nenek, ibu dan bapa saudara serta tok guru datuknya.

Kami jumpa objek itu di tujuh ke lapan kubur. Memandangkan tak tahu apa objek berkenaan, saya muat naik video sempat dirakam ketika penemuan di TikTok bagi mendapat kepastian.

Melihat ruangan komen, ada yang mengatakan ia buhul sihir dan jujurnya saya baru pertama kali dengar mengenainya.

Ada juga ustaz kata ia (objek ditemui) digunakan untuk tujuan pemujaan, bukannya sihir tapi saya tak tahu sejauh mana kebenarannya kerana tak berani nak buka.

Ada juga komen kecam persoalkan kenapa tak pakai sarung tangan waktu alihkan tapi itulah, niat asal nak ziarah kubur dan bersihkan kawasan itu saja.

Buat masa ini, kami sekeluarga serahkan kepada pak cik untuk uruskan dan ambil tindakan lanjut kerana dia tinggal di sana.

MENARIK:  Tawaran Berlakon Kurang ‘Lebat’ Kerana Tak Hensem, Kodi Rasheed Kekal Permisif – ‘Rezeki Aku Allah Dah Susun’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular