Kanak-Kanak Boleh Main PERCUMA* Di Taman Tema Gamuda Land Bermula Hari Ini Hingga 30 Jun 2024! 

Shopee Sale


Kalau cakap pasal GL Play by Gamuda Land ni mesti ramai yang tahu mengenai Taman Air SplashMania mereka. Ha ada yang dah pergi, ada juga yang tengah plan dengan keluarga dan kawan-kawan nak pergi main air sama-sama betul tak?

Memang rugi la kalau korang tak try sekurang-kurangnya sekali dalam hidup korang sebab memang best sangat! Lain dari yang lain!

Kalau yang tengah plan nak bawa anak-anak tu, ha inilah masanya! GL Play membuka pintu mereka dan mengalu-alukan kanak-kanak untuk masuk secara percuma* bermula hari ini!

Paling best, bukan sahaja SplashMania, tapi Paya Indah Discovery Wetlands dan Discovery Park juga!

GAMUDA

Klik gambar diatas untuk redeem baucar!

Bermula dari hari ini sehingga 30 Jun 2024, kanak-kanak boleh nikmati tarikan ni secara percuma, dengan setiap tiket dewasa yang dibeli dengan harga penuh kemana-mana tiga lokasi!

Best weh banyak jimat tu! Korang boleh jimat sehingga RM150! Memang berbaloi sangat-sangat untuk dibandingkan dengan tarikan yang ada!

Berikut merupakan cara untuk menebus tiket percuma tersebut:

  1. Klik LINK INI dan isi maklumat yang diperlukan. Baucar digital akan dihantar via e-mel
  2. Serahkan baucar digital tersebut di Kaunter Carousel di Gamuda Cove Experience Gallery atau GL Play Ticket Hub di Discovery Park dan boleh nikmati semua game yang ada!
  3. Sebelum tu, pastikan korang dah beli tiket dewasa dengan harga penuh tau!

Nak tahu apa tarikan di SplashMania, Paya Indah Discovery Wetlands & Discovery Park?

Bagi yang memang ‘hantu air’ tu wajib datang ke sini! SplashMania ni menawarkan 39 permainan serta tarikan termasuk 24  gelongsor air, dan boleh memuatkan 4,000 pengunjung dalam satu masa.

Sukakan cabaran? Wajiblah ke Discovery Park ni! 

Korang boleh nikmati sehingga 11 elemen pendakian untuk kanak-kanak dan 57 elemen pendakian untuk dewasa, termasuk buaian gergasi, abseiling dan juga platform acara atas bumbung!

Sesuai semua peringkat umur!

Bukan itu sahaja, korang juga boleh melihat pemandangan Discovery Park pada ketinggian 35 meter apabila menaiki Cove AeroBar!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GL Play by Gamuda Land (@glplay.my)

Kalau anak-anak suka kan alam semulajadi, Paya Indah Discovery Wetlands ni memang sesuai sangat untuk diorang! Berkeluasan 1,111 ekar, Paya Indah Discovery Wetlands ni menjadi habitat kepada pelbagai hidupan liar seperti lebih 14 spesies reptilia termasuklah buaya, ular dan penyu, 225 spesies burung, badak air, memerang dan mamalia lain.

Jangan risau, korang boleh duduk je dibelakang trak safari dimana ada renjer yang akan bawa korang melawat Paya Indah Discovery Wetlands ni! Bukan anak-anak je suka, mak ayah pun confirm excited sekali!

Tapi sebelum pergi, pastikan korang baca dulu terma dan syarat bagi ketiga-tiga tarikan ni!

Baucar percuma Taman  Air SplashMania 

Terma & Syarat:

  • Baucar ini sah sehingga 30 Jun 2024.
  • Tunjukkan baucar ini apabila membeli Tiket Dewasa harga penuh (RM125) di Kaunter Karusel di Gamuda Cove Experience Gallery  atau Ticket Hub di Discovery Park untuk menebus Tiket Kanak-kanak percuma.
  • Baucar ini hanya menerima SATU (1) Kanak-kanak untuk SATU (1) Tiket Dewasa harga penuh yang dibeli untuk hari yang sama.
  • Sah untuk penyertaan SplashMania, tidak termasuk aktiviti pay-per-ride seperti Surf Mania, Zoomi’s Runway dan Sky Leap.
  • Tawaran ini tidak boleh digabungkan dengan tiket pra-beli, jualan dalam talian, diskaun, rebat atau promosi, Pas Tahunan atau tawaran korporat.
  • Kemasukan taman PERCUMA hanya untuk kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm
  • Kanak-kanak: Pengunjung  dengan ketinggian antara 90cm hingga 120cm.
  • Dewasa: Pengunjung dengan ketinggian melebihi 120cm.
  • Tiada salinan fotostat atau faksimili akan diterima.
  • Baucar ini tidak boleh dikembalikan atau ditukar dengan wang tunai dan tidak dimaksudkan untuk tujuan jualan semula.
  • Pihak Pengurusan berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam, atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Baucar percuma Paya Indah Discovery Wetlands 

Terma & Syarat:

  • Baucar ini sah sehingga 30 Jun 2024.
  • Tunjukkan baucar ini apabila membeli Tiket Dewasa harga penuh (RM125) di Kaunter Karusel di Gamuda Cove Experience Gallery  atau Ticket Hub di Discovery Park untuk menebus Tiket Kanak-kanak percuma.
  • Baucar ini hanya menerima SATU (1) Kanak-kanak untuk SATU (1) Tiket Dewasa harga penuh yang dibeli untuk hari yang sama.
  • Sah untuk pakej Nature Wanderlust sahaja.
  • Kanak-kanak: Berumur 3 hingga 12 tahun
  • SAFARI INSTA TOUR: Wanita hamil, pengguna kerusi roda, dan kanak-kanak di bawah umur tiga tahun dinasihatkan untuk tidak menyertai aktiviti ini.
  •  BOAT CRUISE : Umur minimum untuk mengikuti boat cruise ini adalah setahun dan ke atas. Kanak-kanak di bawah umur tujuh belas (17) tahun hendaklah diawasi dan  ditemani orang dewasa berumur lapan belas (18) tahun ke atas.
  • Sila buat tempahan (3) tiga hari sebelum lawatan anda: Call/WhatsApp—012 932 1811. Operasi Paya Indah Discovery Wetlands mungkin ditangguhkan  bergantung pada cuaca di Gamuda Cove.
  • Tawaran ini tidak boleh digabungkan dengan tiket pra-beli, jualan dalam talian, diskaun, rebat atau promosi, Pas Tahunan atau tawaran korporat.
  • Tiada salinan fotostat atau faksimili akan diterima.
  • Baucar ini tidak boleh dikembalikan atau ditukar dengan wang tunai dan tidak dimaksudkan untuk tujuan jualan semula.
  • Pihak Pengurusan berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam, atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
MENARIK:  Bapa Berharap Yang Terbaik, Farid & Diana Hadir Untuk Laporan JKP & Tuntutan Nusyuz Sebutan Pertama [VIDEO]

Baucar percuma Discovery Park Terma & Syarat:

  • Baucar ini sah sehingga 30 Jun 2024.
  • Tunjukkan baucar ini apabila membeli Tiket Dewasa harga penuh (RM125) di Kaunter Karusel di Gamuda Cove Experience Gallery  atau Ticket Hub di Discovery Park untuk menebus Tiket Kanak-kanak percuma.
  • Baucar ini hanya menerima SATU (1) Kanak-kanak untuk SATU (1) Tiket Dewasa harga penuh yang dibeli untuk hari yang sama.
  • Sah untuk pembelian Pas Sehari Discovery sahaja. Termasuk akses ke tempat tarikan Discovery Park terpilih, termasuk Memanah, Bungee Fly & Carousel (untuk kanak-kanak sahaja), Cove Aerobar, Goosebumps Rope Course, Paintball Target Shooting dan War Game.
  • Cove Aerobar – Keperluan ketinggian minimum adalah 105 cm dan ke atas. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun mesti ditemani oleh orang dewasa.
  • Goosebumps Rope Course – Keperluan ketinggian antara 100cm dan 140cm. Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun mesti diawasi oleh orang dewasa.
  • Bungeefly – Keperluan berat maksimum untuk menikmati tarikan ini ialah 40 kg. Kanak-kanak dengan berat di bawah 10 kg atau di bawah umur 4 tahun mesti ditemani atau disokong oleh orang dewasa.
  • Karusel – Kanak-kanak di bawah 120cm atau di bawah sepuluh (10) tahun mesti diawasi dan ditemani pada setiap masa oleh orang dewasa berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas.
  • Tawaran ini tidak boleh digabungkan dengan tiket pra-beli, jualan dalam talian, diskaun, rebat atau promosi, Pas Tahunan atau tawaran korporat.
  • Tiada salinan fotostat atau faksimili akan diterima.
  • Baucar ini tidak boleh dikembalikan atau ditukar dengan wang tunai dan tidak dimaksudkan untuk tujuan jualan semula.
  • Pihak Pengurusan berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam, atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular