Karl Shafek Tanggung Rugi RM500,00 Selepas Penaja Tarik Diri – ‘Tidak Ada Alasan Tegas Kerana Percaya Melayu Dengan Melayu’

Shopee Sale


Karl Shafek

Pengacara dan pereka fesyen, Karl Shafek mendedahkan dirinya terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM500,000 apabila pihak penaja membuat keputusan menarik diri selepas terbabit dalam acara pertunjukan fesyen yang dianjurkannya, pada tahun lalu.

Rugi RM500,00

Karl Shafek

Ketika ditemui , Shafek berkata pihak penaja berkenaan menarik diri sejurus selepas acara tersebut melabuhkan tirai. Tambahnya, dia kini dalam proses melangsaikan baki hutang membabitkan pembekal dan beberapa pihak lain yang terlibat.

Saya sebenarnya tidak mahu menanjangkan isu tersebut, tetapi hutang yang saya terpaksa tanggung jumlahnya sangat besar. Kejadian ini berlaku ketika jenama pakaian saya Neonate mengadakan satu pertunjukkan fesyen tahun lalu.

Sejurus selepas habis acara tersebut, penaja beritahu mereka tarik diri. Sedangkan acara sudah berlangsung. Kos sudah dihabiskan sebanyak RM500,000, jadi itulah yang menjadikan saya hutang dengan supplier. Sekarang alhamdulillah sudah separuh daripada jumlah tersebut saya berjaya lunaskan.

Shafek berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Maha Buffet 2024 yang diadakan di Restoran Mak Kimbong, Bangi, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Shafek yang juga bekas peserta program Masterchef Malaysia akui kesilapan pihaknya yang mana tidak membuat surat perjanjian rasmi dengan pihak penaja terbabit.

Kesilapan pihak saya juga disebabkan kami tiada satu hitam putih yang bersama pihak penaja itu. Pengakuan sumpah itu tidak ada, kononnya kami percaya dengan mereka sebab perniagaan Melayu dengan Melayu.

Ketika itu saya sangat stress dan hilang punca tak tahu nak buat apa. Sebab acara itu melibatkan ramai tenaga kerja, saya perlu bayar krew, model 80 orang, lampu LED yang jumlahnya RM150,000 dan lain-lain.

Justeru, dia mengambil pengajaran daripada insiden tersebut agar tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Saya belajar banyak benda susulan kejadian itu. Tolonglah selepas ini buat satu sistem yang tersusun yang ada hitam putih untuk elak ditipu.

MENARIK:  [VIDEO] Tak Ingat Tarikh Nikah, Jawapan Suami Dira Abu Zahar Bikin Netizen Dekah – ‘You Nikah Dengan Siapa 23 Jun Tu?’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular