Karyaseni ‘Dibanjiri’ Pengunjung, Budaya Membaca Masih Menebal

Shopee Sale


Karyaseni di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dibanjiri ramai pengunjung sejak 24 Mei lalu.

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Malas Membaca? Ini Sebabnya Dekad Membaca Kebangsaan Dilaksanakan..

Artikel berkaitan: Raikan Ulang Tahun TV3 Ke-40 Dengan Nostalgia, Inovasi & Keseronokkan

Sambutan meriah

Menurut Pengarah Urusan Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd, Datuk Seri Mohd Muzri Ramli berkata, kombinasi novelis dan penerbit terbaik memberi aura yang padu bagi menarik pengunjung ke reruai Karyaseni.

Alhamdulillah, kehadiran pengunjung ke reruai Karyaseni tidak putus. Seperti tahun lepas, ramai meraih peluang untuk mencari dan membeli novel-novel popular di bawah penerbitan kami.

Antara novel terlaris di reruai Karyaseni adalah Lelaki Astatine karya Anjell, Anak perempuan Dato Pengarah (Rehan Makhtar), Pergilah Sayang (Marissa), Kumbang Dihatiku (Rose Harissa) dan Bersyurga Di Rusukmu (Lily Haslina Nasir).

Kita mengharapkan sambutan seperti ini akan berterusan dan meriah. Kita dapat lihat budaya membaca masih menebal dalam kalangan rakyat tempatan berbilang usia, kaum dan lokasi.

Raikan budaya membaca

Dalam pada itu, Mohd Muzri memberitahu reruai Karyaseni turut mempamer dan menjual novel-novel baharu dan istimewa terbitannya.

Antara novel baharu terbitan Karyaseni adalah Tiada Noktah Cinta (Fatinilam Sari Ahmad), Terindah Pernah Ada (Pynat Mourn), Serigala Metropolis (Rose Harissa) dan Layar Damar (Lily Haslina Nasir).

Diharapkan kehadiran pengunjung ke PBAKL dan reruai Karyaseni akan terus meriah serta bertambah.

Festival seperti ini seharusnya berterusan. Kita meraikan budaya membaca dalam kalangan rakyat tempatan dan juga menarik minat pelancong untuk ke PBAKL.

Selain jualan novel, reruai Karyaseni turut dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan antaranya Izzue Islam dan ramai lagi.

MENARIK:  Pontianak 200KG Sambung Legasi Pontianak Malaysia Selepas 20 Tahun!

Sebelum ini, penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd. dinobatkan reruai paling viral di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023.

Untuk info, Karyaseni Sdn. Bhd. pernah meraih pelbagai anugerah berprestij dalam dunia penerbitan antaranya Anugerah Tokoh Usahawan Tahunan (Penerbitan), Anugerah personaliti industri & usahawan Malaysia 2017 dan Tokoh Penerbit Novel Prolifik, Anugerah Buku Negara 2022.

Selain itu, penerbitan itu juga pernah dino atkan sebagai Asia Excellence Publishing Company Winner Choice (Asia Excellence Choice Award 2024) dan dua kali Penerbit Novel Terbaik Anugerah Telenovela.

PBAKL 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) itu membuka tirainya 24 Mei lalu dan berlangsung sehingga 2 Jun depan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular