Kat Roshan & Meer Nash Pukau 2 Juta Penonton Di China, Gigih Belajar Menyanyi Wau Bulan Loghat Kelantan

Shopee Sale


Pada 29 Mac lalu, dua penyanyi berbakat negara iaitu Kat Roshan dan Meer Nash berjaya membanggakan negara apabila mewakili Malaysia ke program antarabangsa Sound of the South China Sea (Suara Laut China Selatan) yang diadakan di Sanya, Hainan, China.

Dendangkan lagu tradisional

Lebih membanggakan ialah, Kat dan Meer Nash memilih untuk menggunakan peluang keemasan itu dengan mempersembahkan lagu tradisional ‘Wau Bulan’ secara duet.

Persembahan mereka itu bukan sahaja berjaya memukau 2 juta penonton di China secara siaran langsung, malah berjaya menambat hati penonton di Malaysia. 

Menariknya, program yang dianjurkan oleh Pusat Global Bahasa Mandarin dari Pusat Radio Umum dan Pusat Televisyen China itu turut memberi peluang Meer Nash dan Kat Roshan membuat persembahan yang mana acara itu disiarkan disiarkan melalui saluran CCTV 4. 

Menurut Kat Roshan yang merupakan artis di bawah naungan Universal Music Malaysia, persembahan itu adalah satu pengalaman berharga berharga buatnya sekali gus mengukuhkan lagi kerjayanya di industri muzik memandangkan persembahan itu diadakan di pentas antarabangsa.

Sejujurnya, saya berasa amat beruntung dan bersyukur diberi peluang keemasan ini untuk mewakili Malaysia bersama Meer Nash.

Terima kasih Mr Ong Peng Chu kerana memberi peluang untuk kami beraksi dan menunjuk bakat mereka di pentas antarabangsa. pada masa ini adalah pengalaman terbaik dan berharga buat saya bagi mengukuhkan lagi tempat dalam industri muzik.

Berkongsi mengenai pemilihan lagu, Kat memaklumkan dia perlu mendalami lagu Wau Bulan dengan lebih mendalam memandangkan lagu tersebut dinyanyikan dalam loghat Kelantan.

Pada awalnya untuk saya belajar menyanyi Wau Bulan dalam loghat Kelantan agak sukar, tetapi dengan keazaman dan selepas berkali-kali berlatih, saya tahu saya mampu lakukannya, apatah lagi bila saya tahu saya membawa nama Malaysia, terus saya jadi lebih semangat.

Saya sangat bangga untuk membawa seni Malaysia ke negara China serta mengharumkan nama Malaysia.

Sementara itu, Meer Nash meluahkan rasa terujanya apabila berpeluang untuk membuat persembahan di pentas yang hebat.  

Bila saya sampai ke destinasi dan melihat pentas pada pertama kalinya, saya teruja dan terharu kerana lokasi dan ‘set up’ pentas itu amatlah romantik.

Walaupun saya sudah selalu membuat persembahan di China, tetapi inilah kali pertama saya dapat menyanyi di atas pentas yang secantik ini.

Tambahan pula, saya masih lagi setahun jagung dalam bidang menulis lagu, jadi dapat menjadi sebahagian daripada program ini banyak membantu dan mengajar saya.

Sekadar info, program Sound of the South China Sea (Suara Laut China Selatan) mengundang ahli muzik dan penyanyi berpengalaman dari China dan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, dan Singapura untuk bertukar dan berkongsi mengenai muzik dan budaya antara negara-negara Asia Tenggara dan China. 

MENARIK:  Dikatakan ‘Gagal’ Jadi Hos ABPBH36, Riena Diana Tak Ambil Hati – ‘Tak Semua Suka Apa Saya Buat’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular