Penyanyi dan pelakon veteran Kazar Saisi tidak mengambil peduli mengenai kecaman netizen susulan kontroversi membabitkan anak perempuannya iaitu Ira Kazar.
Kejar akhirat berbanding dunia
Menerusi temu bual bersama Kazar berkata, apa yang berlaku merupakan takdir hidup anaknya. Bahkan, dia sudah memaafkan sesiapa sahaja yang pernah melemparkan kata-kata tidak baik terhadap dirinya.
Tambah Kazar, dia mahu mengejar akhirat berbanding duniawi pada usia sekarang.
Saya sudah tidak kisah mengenai hal dunia. Sekarang mahu cari akhirat sahaja. Hak masing-masing nak bercakap apa dan saya sudah maafkan semua orang. Sebabnya benda ini pun semuanya sudah tertulis, tak perlu nak marah.
Disoal mengenai perkembangan karier, pelantun suara ‘Memburu Impian’ ini memberitahu dia sudah enam bulan kurang mendapat tawaran berlakon. Ditanya adakah kontroversi melibatkan Ira punca kurang mendapat tawaran, Kazar hanya menjawab kebanyakan rakan seangkatan yang lain turut mengalami nasib yang sama.
Sejak enam bulan lepas memang saya kurang tawaran kerja. Tak tahu kenapa. Tidak juga disebabkan itu kontroversi. Rakan-rakan lain pun hadapi perkara sama. Mungkin belum ada rezeki saya. Saya sekarang suka dan banyak duduk di rumah. Berkebun dan luang masa bersama cucu.
Kazar yang ditemui di Hi Tea With Anthon’s Leather di Hotel One World, Petaling Jaya, baru-baru ini turut mengulas mengenai keputusan Ira yang mahu menjadi penyanyi. Ujar Kazar, dia tidak mempunyai masalah dengan perkara tersebut bahkan, sentiasa menyokong keputusan yang dibuat oleh anaknya,
Saya cuma pesan jaga diri apabila bergelar selebriti. Saya tak masuk campur sebab Ira pun sudah dewasa. Saya tak galakkan dan tidak pula menghalang. Dia tak ada minta izin pun sebab itu keputusan dia sendiri. Cumanya saya minta dia jaga diri.