Kediaman Hangus Dijilat Api, Paris Hilton Antara Artis Terjejas Tragedi Kebakaran Hutan Di Los Angeles

Shopee Sale


Gambar: Portal TMZ

Kediaman milik keluarga selebriti Hollywood, Paris Hilton dilaporkan rentung dan musnah dijilat api susulan kebakaran besar yang berlaku di dua hutan yang terletak di Los Angeles, baru-baru ini.

Rumah Paris Hilton rentung

Memetik laporan portal TMZ, rumah mewah yang sebelum ini berada gah di tepi pantai kini telah runtuh dan menjadi timbunan susulan kebakaran yang berlaku.

Walau bagaimanapun, Paris dan keluarganya bernasib baik kerana dilaporkan tidak berada di rumah ketika kejadian.

Sementara itu, Paris menerusi ciapan di aplikasi X mengakui dirinya gagal menahan emosi selepas mendapat berita mengenai kebakaran rumahnya itu melalui siaran berita di televisyen.

Menonton berita sambil melihat rumah saya musnah di kaca televisyen adalah perkara yang sangat menyedihkan bagi saya.

Rumah tersebut merupakan tempat saya dan keluarga mencipta kenangan dan situlah tempat di mana anak saya belajar berjalan dan membesar.

Walau bagaimanapun, saya berasa sangat bersyukur kerana semua ahli keluarga terselamat dan tidak terlibat dengan kebakaran yang berlaku.

Selain Paris, antara kediaman artis terkenal yang turut rentung dijilat api ialah Miles Teller, Anthony Hopkins, Adam Brody, John C. Reilly dan ramai lagi.

MENARIK:  Anugerah All Star Influencers 2024 Rai Bakat Digital Asia Di Malaysia & Antarabangsa

Video

" data-video-id="7457751083650141448">
@dailymailau Devastating scenes ? #la #adambrody #leightonmeester #gossipgirl #theoc #home #couple #fire #shocking #dailymail #fyp #australia #heartbreaking ? News, news, seriousness, tension(1077866) – Lyrebirds music

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular