Kehadiran Soraya Membuat Wajahnya Memerah, Amirul Mengatakan Sepertinya Tiada Penyelamatannya Lagi – Oleh Ain Edruce

Shopee Sale


Ain Edruce

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce berkongsi semula detik cemas yang dihadapi suaminya, Amirul Hafiz ketika mahu membawa anak mereka, Soraya ke hospital selepas diserang sawan, pada Januari lalu.

‘Muka biru’

Ain Edruce

Kata Ain, ketika kejadian suaminya sedang tidur lantas terbangun dalam keadaan terkejut dan kemudian memandu kenderaan dengan laju sehingga terpaksa melanggar beberapa lampu isyarat untuk membawa anak mereka ke hospital.

Bayangkan dia (Amirul) baru bangun tidur tengok anak dia kena sawan, dia dalam keadaan terkejut.

Kena bawa Soraya pergi hospital yang sepatutnya jarak perjalanan 15 minit tapi sampai 4 minit sahaja.

Bayangkan betapa lajunya dia bawa. Semua lampu isyarat dia langgar, dah fikir lain dah.

Ain berkongsi mengenai hal tersebut menerusi sebuah hantaran video di TikTok @BreakOatHq.

Tambah aktres berusia 33 tahun itu, suaminya mengatakan wajah anak mereka berubah menjadi warna biru ketika dibaringkan di katil hospital.

Malah, suaminya berfikir bahawa Soraya seperti tidak dapat diselamatkan lagi ketika itu.

Sampai sahaja di wad kecemasan dia terduduk. Baik-baik Soraya sahaja yang sakit, pembantu rumah saya cakap dia kena panggil doktor tengokkan Amirul juga.

Amirul cakap dia nampak muka Soraya dah biru ketika diletakkan atas katil hospital. Amirul kata macam dah tak boleh nak selamatkan.

Sebab selalu kena sawan dalam 3 minit sahaja dah kena bawa ke hospital, tapi anak saya dalam 11 minit juga nak sampai hospital.

Terdahulu, Ain Edruce memaklumkan anak perempuannya, Soraya diserang sawan gara-gara mengalami demam panas.

MENARIK:  Perkongsian Video Ibu Bella Astillah Undang Sebak – ‘Jika Lelaki Itu Menyakitkan Hatimu Pulanglah Ke Pangkuan Keluargamu..’

Ain yang ketika itu sedang mengacarakan program Melodi terpaksa bergegas pulang selepas dimaklumkan oleh suami berhubung kejadian terbabit.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular