‘Kejar Masa Depan & Kalau Mereka Bertemu Jodoh Sekalipun, Saya Okay Tapi Jaga Anak Elok-Elok’ – Datuk Red

Shopee Sale


Hasrat Datuk Seri Adnan Abu untuk mempertahankan rumah tangga bersama isteri pertamanya yang dibina sejak 2005 iaitu Datin Seri Sharifah gagal selepas mereka sah bercerai talak satu, pada Selasa.

Perkahwinan keduanya, bersama penyanyi Adira juga menemui titik noktah selepas bercerai pada 24 April lalu.

‘Kejarlah masa depan, kerjaya’

Ketika ditemui di rumah terbuka Mstar, Datuk Seri Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red akui meskipun dia dan kedua-dua isterinya telah berpisah dan membuat haluan masing-masing tetapi mereka masih mengekalkan hubungan baik sebagai kawan.

Andai kata kita tak ada jodoh, lebih elok kalau kita berkawan.

Sementara itu, Datuk Red sempat menitipkan doa buat Datin Seri Sharifah dan Adira agar mereka diberi kejayaan dan kebahagiaan. Ujar Datuk Red lagi, dia reda sekiranya kedua-dua isterinya itu bertemu jodoh kelak.

Kejarlah masa depan, kerjaya. Saya doakan mereka  berjaya, saya tak nak gaduh-gaduh. Kalau mereka bertemu jodoh sekalipun, saya okay. Tapi jaga lah anak elok-elok.

Dalam perkembangan lain, Datuk Red memberitahu selain menjual kopi, sambal dan baju, dia turut mengeluarkan produk terbaharunya iaitu minyak wangi bagi lelaki dan perempuan.

MENARIK:  [VIDEO] Johan Ghazali Beli Jam Tangan Jenama Mewah Sebagai ‘Self Reward’, Netizen Dakwa Harga Cecah RM74,000

Untuk rekod, hasil perkahwinan Adnan dan Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata sementara dengan Adira, mereka memperoleh empat orang anak.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular