Kelab Peminat ‘Back Up’, Dakwa Ning Baizura Hanya Baca Komen Netizen – ‘Ini Masalahnya Bila Rekod Live Orang Bit By Bit’

Shopee Sale


Semalam, penyanyi Ning Baizura menerima kecaman teruk daripada wargamaya di aplikasi X berikutan didakwa tidak cakna mengenai ‘All Eyes on Rafah’.

Tak payah nak ‘blockout’ orang sangat

Terbaru, kelab peminat Ning Baizura iaitu Ning Baizura Live dilihat tampil ‘back up’ penyanyi kesayangan mereka di Instagram Story.

Menurut kelab peminat Ning, pelantun suara ‘Pasti’ itu sekadar membaca komen pada masa itu.

Sebagai kelab peminat, mereka meluahkan rasa kecewa apabila video tersebut dijadikan bahan spekulasi sebegitu sahaja.

Tambah kelab peminat Ning, penyanyi itu sudah membuat kutipan sumbangan terhadap masyarakat di bumi Gaza sejak bulan Ramadan lagi. Oleh sebab itu, mereka berharap netizen siasat terlebih dahulu sebelum membuat kecaman.

Terdahulu, menerusi potongan video yang tular di aplikasi X, pemilik nama Ning Baizura Sheikh Hamzah ini sedang melakukan sesi siaran langsung di Instagram (IG).

Ketika sesi siaran langsung tersebut, Ning Baizura dilihat membaca komen wargamaya mengenai ‘All Eyes on Rafah’. Namun, reaksi yang ditunjukkan pelantun lagu ‘Beribu Sesalan’ ini ternyata mengejutkan kerana seolah tidak cakna dengan isu semasa.

All Eyes on Rafah… who’s that?

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya mengecam kenyataan yang dikeluarkan Ning sewaktu sesi siaran langsung tersebut.

MENARIK:  Ainul Aishah & Suami Bakal Timang Anak Perempuan

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular