‘Keluarga Saya Daif Dahulu, Makan Nasi Dengan Garam Itu Biasa’ – Mila Jirin Memorikan Kisah Peribadi Dalam Cerpen Berjudul ‘KAKAK’

Shopee Sale


 

Milan Jirin

Penyanyi dan usahawan, Milan Jirin memberitahu di sebalik kejayaan dan kesenangan hidup yang diknikmati ketika ini tidak datang bergolek, sebaliknya banyak pengorbanan yang telah dilakukan.

Pernah hidup daif

Milan Jirin

Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin mendedahkan, kehidupan keluargannya suatu ketika dahulu begitu daif sehingga ibu bapanya perlu bekerja dari siang hingga malam demi mencari rezeki biarpun adakala pendapatan diterima tidak lumayan.

Keluarga saya sangat daif dahulu. Ayah tak ada kerja tetap, sebelum ini hanya kerja kampung di siang hari dan malam ayah main muzik. Ayah kerja macam-macam termasuk kerja kampung, main muzik, melukis dan cari barangan terpakai untuk dijual semula.

Mak pula kerja kilang. Hidup susah adalah perkara normal yang saya lalui. Makan nasi dengan minyak ikan itu biasa, makan nasi dengan air garam itu biasa. Teman ayah menjala ikan di laut tengah malam dan tunggu dalam gelap di pantai.

Rumah tanpa elektrik hanya lampu gaselin menemani kami. Bumbung rumah bocor bila hujan lebat mesti penuh dalam rumah dengan baldi atau periuk. Sebagai kakak sulung waktu itu dah boleh berfikir dan menyaksikan pengorbanan mak ayah dalam membesarkan kami adik beradik.

Melihat kesusahan dialami keluarga, Mila yang ketika itu sudah menginjak usia 19 tahun tekad mahu mencari jalan keluar dan mengambil penuh tanggungjawab sebagai anak sulung demi mengubah nasib dirinya bersama keluarga.

Saya korban apa sahaja untuk keluarga dan Alhamdulillah di usia 19 tahun saya sudah menggalas tanggungjawab menjaga mak ayah dan adik-adik serta menjadi ketua keluarga. Saya minta mak ayah berhenti kerja.

Sebenarnya, bila sekarang ini saya lihat semula, setiap apa ujian yang Allah berikan buat kami sekeluarga adalah untuk membuatkan kami jadi lebih kuat, membuatkan saya jadi kuat untuk berjuang.

Waktu susah, hinaan dari orang sekeliling itu adalah perkara biasa yang kami terima, tetapi kata-kata hinaan itulah yang membuatkan saya memberontak untuk keluarkan keluarga dari kesusahan.

Ketika usia saya 21 tahun, dengan izin Allah, saya dapat tunaikan janji dengan diri sendiri untuk hadiahkan sebuah rumah kepada mak ayah dan adik-beradik.

Cerpen KAKAK

Milan Jirin

Lantaran itu, pelantun lagu Persis Mutiara ini mahu mengabadikan kisah berkenaan menerusi cerita pendek berjudul ‘KAKAK’ yang juga karya istimewa sempena Hari Raya Aidiladha.

Ujar Mila, naskhah tersebut adalah sebuah cerita tentang pengorbanan seorang kakak yang menyaksikan kesukaran ibu dan ayah dalam membesarkan anak-anak dan mencari rezeki demi keluarga.

Kisah ini menceritakan pengalaman sebenar hidup saya sebagai kakak sulung yang memahami kesukaran ibu bapa dan disebabkan itu saya membuat keputusan besar dalam hidup walaupun ia amat sedih.

Tujuan utama penghasilan cerita pendek ‘KAKAK’ adalah untuk memberi inspirasi kepada semua bahawa di sebalik setiap kesulitan pasti ada kemudahan.

Kesulitan yang kita hadapi adalah yang mengajar kita erti kehidupan sebenar dan menjadikan kita lebih kuat dan bersemangat untuk berjaya.

Cerita pendek itu ditulis oleh Mila dan diterbitkan pasukan media dari BIZMILLA sebagai karya istimewa sempena Aidil Adha selain diarahkan oleh Wan Ahmad Adlan serta dibantu oleh Hayati Hashim.

MENARIK:  10 Tempat Menarik Untuk ‘Shopping’ Baju, Kuih & Kelengkapan Hari Raya Tahun Ini!

Mila juga meluahkan rasa gembira kerana ibu (Reena Haron) serta bapanya (Jirin) dan adik (Effa Jirin) serta anak saudaranya (Suffiya) turut bersetuju untuk bersama-sama menjayakan penggambaran ini sekali gus telah memberikan kesan yang lebih mendalam kepada penghayatan serta penyampaian cerita ini.

Kami berharap sedikit input dari cerita pendek tentang kehidupan kami ini dapat memberikan suntikan semangat terutama kepada mereka yang sedang diuji Allah dengan kesempitan kehidupan, masalah kewangan, dan dalam perjuangan membesarkan anak-anak.

Perkara penting yang saya pelajari dalam kehidupan saya adalah ‘Milik kita manusia adalah usaha, hasil dan keputusan adalah milik Allah’ kerana Allah maha tahu yang terbaik buat hamba-Nya.

Saksikan cerita pendek ‘KAKAK’ yang sudan dilancarkan pada 16 Jun 2024 jam 8 malam di kesemua platform media sosial BIZMILLA Wedding Centre dan Mila Jirin.

Sekadar info, Mila Jirin memulakan kerjaya nyanyiannya pada usia 19 tahun setelah memenangi pertandingan nyanyian popular di Malaysia,Akademi Fantasia musim ke-5. Menjadi wanita pertama memenangi pertandingan tersebut selepas empat tahun dimenangi oleh peserta lelaki.

Mila telah mencipta Sejarah tersendiri menjadi “Wanita Pertama” memenangi Akademi Fantasia. Sebagai ikon dalam perniagaan industri catering, banquet hall dan perkahwinan, kini, pada usia 37 tahun, Mila telah memperlahankan aktivitinya dalam bidang nyanyian dan memberi fokus utama kepada bidang perniagaan sejak 17 tahun yang lalu.

BIZMILLA, pelopor industri “One Stop Centre” bagi perkhidmatan Katering, Banquet Hall dan Pakej Perkahwinan serta Majlis Pelbagai” adalah sebuah organisasi perniagaan yang diasaskan oleh Mila Jirin bersama sama dengan suami (Isz Mustapha) dari tahun 2013, kini BIZMILLA telah mempunyai 18 dewan bankuet, 3 Central Kitchen, dan 3 butik pengantin yang terletak di Selangor, Putrajaya, Johor Bahru, dan Pulau Pinang.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular