Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam menasihatkan para suami dan isteri di luar sana untuk sentiasa jujur dalam perkahwinan.
Jujur dalam berumah tangga!
Menurut pemilik nama Md. Yusof Md. Haslam, kejujuran yang diamalkan oleh setiap pasangan merupakan kunci kepada kebahagiaan dalam perkahwinan.
Tambah penerbit yang terkenal dengan jolokan ‘Six Million Dollar Man’, setiap masalah dalam rumah tangga juga perlu diselesaikan dengan cara yang baik bagi mengekalkan keharmonian.
Awak kena jujur dengan rumah tangga barulah datang kebahagiaan dan rezeki yang Allah akan bagi.
Kalau isteri saya merajuk, saya akan pujuk. Kalau ada masalah, selesaikan dengan cara yang baik.
Tapi kalau isteri pun jenis yang suka tengking saya rasa saya akan cabut juga.
Yusof berkongsi perkara tersebut ketika sesi podcast ‘Dol’s Podcast’ yang dikendalikan Shuib Sepah, Mamat Sepah, Shuk Sahar dan Fizie Roslan.
Suami isteri perlu bersikap terbuka
Dalam pada itu, bapa kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof menasihati para wanita untuk sentiasa mengetahui batas-batas mereka sebagai seorang isteri.
Dalam masa yang sama, Yusof juga menitipkan pesan buat para suami untuk tidak menjadikan status ‘ketua keluarga’ sebagai kuasa veto untuk mereka melakukan apa sahaja dalam rumah tangga.
Apa yang saya nak cakap bahawa si isteri juga mesti bersikap terbuka dan tahu batas-batas sebagai seorang isteri.
Mereka perlu tahu bahawa ketua rumah tangga adalah suami cuma si suami pula janganlah gunakan itu sebagai kuasa veto.