‘Keutamaan yang Tidak Terkatakan: Mengenang Al-Fatihah dan Kepentingannya Bagi Saya’ – Raghad

Shopee Sale


Umum mengetahui, Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud telah menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur kira-kira jam 4.28 pagi tadi.

Memetik laporan Astro Awani, berita duka tersebut disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof.

Tiada kata-kata

Terbaru, menerusi laporan Kosmo, isteri arwah Tun Abdul Taib Mahmud iaitu Toh Puan Raghad Kurdi Taib meluahkan rasa sedih sebaik sahaja berkongsi berita berkenaan kematian suaminya.

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bermakna dia kepada saya. Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan pemergian suami saya, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, awal pagi tadi.

Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh di syurga. Al-Fatihah.

Terdahulu, jenazah Abdul Taib tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pukul 3.30 petang dari Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham akan terus dibawa ke rumahnya di Demak Jaya, Jalan Bako sebelum dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir bermula pukul 8 hingga 11.30 pagi.

MENARIK:  Dituduh Minta Duit Nafkah Daripada Ria Ricis, Ini Jawapan Teuku Ryan

Selepas itu jenazah akan dibawa ke Masjid Demak untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

The following two tabs change content below.



News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular