Khairul Aming Kongsi Rahsia Team Cemerlang – ‘Ajar Pekerja Jangan Jadi Toksik, Alhamdulillah Tiada Berhenti Setakat Ini’

Shopee Sale


Khairul Aming

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming berkongsi rahsia kecemerlangan yang dipraktikan dalam pasukannya.

Rahsia team cemerlang

Khairul Aming

Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 31, berkata, dia menerapkan corak budaya kerja yang sihat dan tidak mengajar pekerjanya bersikap toksik antara satu sama lain.

Rahsia bina team yang cemerlang sangat mudah. Dulu saya pernah berkerja dengan orang. Apabila duduk di posisi sebagai pekerja, saya sudah meletakkan impian bos bagaimana yang saya mahu.

Jadi apabila sekarang sudah jadi bos, perlu jadi bos yang pekerja inginkan. Satu budaya yang saya terapkan adalah tidak mengajar pekerja untuk jadi toksik dan tidak saling berlumba antara satu sama lain.

Sebab itu kalau saya bawa mereka pergi bercuti atau shopping, semua orang akan dapat jumlah bonus yang sama rata, tidak kisah apa jua jawatan sekali pun.

Aming berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu temu bual dan dimuat naik di TikTok milik Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr. Ismail Salleh.

Kongsi Aming, budaya kerjaya tersebut berjaya membuahkan hasil apabila terbukti jumlah jualan mencecah jutaan ringgit.

Jadinya, apabila budaya itu di ketengahkan, alhamdulillah, tiada yang berhenti setakat ini.

Setiap bulan, hasil jualan syarikat sudah boleh mencecah RM3.5 juta hingga RM4 juta.

MENARIK:  [VIDEO] Ali Puteh Dah Lama Tak Jumpa Hamzah, Sedia Hulur Bantuan Jika Diperlukan – ‘Insya-Allah Saya Akan Usahakan’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular