‘Khilaf Saya Minta Maaf, Isu Gambar Mesra’ – Shakilla Khoriri

Shopee Sale


Shakilla Khoriri

Sebelum ini, pelakon, Shakilla Khoriri memberitahu dia akan tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengatakan dia menjalin hubungan cinta dengan seorang individu berstatus suami orang.

Apa motif penghantar email?

Shakilla Khoriri

Terbaru, menerusi temu bual bersama pihak Melodi, Shakilla akhirnya tampil membuka mulut mengenai kontroversi yang melanda dirinya sejak beberapa minggu yang lalu.

Orang kenal saya dengan perkara yang positif. Seminggu ni persepsi orang terhadap saya lain. Saya tak sangka macam ni. Saya dah hidup dengan fitnah pasal saya diceraikan kerana saya isteri yang jahat sebab tidur dengan produser. Produser itu adalah suami orang. Sekarang tiba-tiba ada kes email daripada orang yang tidak dikenali kata saya sedang berkawan dengan suami orang, pengganggu rumah tangga orang disertakan dengan gambar.

Menurut Shakilla, dia tidak menyalahkan mana-mana blogger dan wartawan yang keluarkan cerita mengenai dirinya. Cuma dia berasa hairan mengenai motif sebenar si penghantar email.

Apa motif awak. Kalau awak rasa dengan menghantar email ini..menyebarkan benda itu boleh buat awak puas hati, boleh menjatuhkan saya, boleh tutup pintu rezeki saya..awak salah. Saya kecewa bila mak saya tanya. Itu gambar lama dan awak pasti tak lelaki itu adalah suami orang.

Saya ada bukti dia pernah jadi suami orang. Gambar itu pada bulan Ogos dan September memang dia sah bukan suami orang. Isu pasal gambar bermesra saya minta maaf. Itu memang khilaf saya. Cuma apa yang saya rasa tak boleh dimaafkan, awak mencuri gambar personal saya. Gambar itu hanya saya dan lelaki itu sahaja yang ada. Saya tak tahu cara macam mana yang awak ambil kedua telefon saya.

Saya boleh mendakwa anda mencuri, menyebarkan dan isi kandungan awak yang mengatakan saya mengikis duit suami orang awak perlu tanggung benda ini. Apa yang saya kikis sedangkan duit saya habis berpuluh ribu buat macam-macam bisnes. Ya saya maafkan awak kalau awak rasa nak datang dan minta maaf dekat saya. Saya dengan berbesar hati akan tarik balik apa yang saya suruh peguam saya buat.

Tambah Shakilla, dia sudah memfailkan dua saman.

Saya dah failkan dua saman. Ada 1 page ni keluar tajuk berzina dan tuan badan tampil mengaku. Tajuk tu sebenarnya bawa awak….Saya tak pernah berzina. Jangan cakap saya jahat. Dia boleh cakap dia ni keluar masuk hotel. Kalau saya mati esok lusa nanti susah you all nak mati. Saya kena buat benda ni sebab mak, abah dan anak saya. Benda yang awak buat ni beri impak kepada anak saya. Saya boleh maafkan. Awak yang hantar email tu selepas Melodi siar ini datang dan minta maaf.

MENARIK:  Dah Selesai Solat Baru Sedar Tak Cukup Rakaat? Ini Cara Sebenar Yang Perlu Anda Lakukan

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular