Kisah Silam Mimi Lana Bakal Terbongkar?

Shopee Sale


Seorang gadis escort yang kini hidup bahagia selepas berhijrah mendapati hidupnya kini kucar-kacir apabila diganggu oleh seseorang daripada kehidupan lampaunya. Apakah rahsia lampau bakal terbongkar?

Nantikan telefilem terbaharu Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana yang akan menemui penonton pada 5 Jun 2024 ini di platform penstriman Tonton.

Perempuan paling merana

Perempuan Paling Merana merupakan hasil terbitan Anomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz. Telefilem ini bakal membuatkan penonton ternanti-nanti akan apakah kesudahan perkahwinan mereka ini.

Telefilem ini menampilkan barisan selebriti popular tanah air seperti Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Zamarul Hisham, Zarina Zainuddin dan dibantu oleh barisan pelakon baharu seperti Puteri Rayyana Rayqa, Husna Mustaffa dan Nizam Kama.

Saleha (Mimi Lana) adalah isteri kepada seorang ahli perniagaan berjaya iaitu Amir (Fikry Ibrahim). Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Nurain (Puteri Rayyana Rayqa) sepanjang 8 tahun membina mahligai bahagia.

Amir merupakan seorang suami yang penyayang dan warak. Segala keperluan seorang isteri dipersiapkannya. Malah, Saleha yang dikahwininya pula adalah seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan merupakan sukarelawan NGO (Non-governmental Organization) untuk mengisi masa senggangnya.

Di samping itu, Saleha bertuah kerana mempunyai keluarga mertua yang sangat baik, lebih-lebih lagi ibu mertuanya (Zarina Zainudin) yang sangat menyayangi dirinya dan menganggap Saleha seperti anaknya sendiri memandangkan Saleha adalah anak yatim.

Pada suatu hari, keluarga Amir membuat majlis kesyukuran untuk menyambut kepulangan Pak De’ (Zamarul Hisham) setelah lama merantau. Pak De’ adalah adik angkat arwah bapa Amir yang telah dianggap ahli keluarga rapat oleh seluruh keluarga Amir. Tetapi sejak Amir dan Saleha berkahwin, tidak pernah sekali pun Saleha berjumpa dengan Pak De’sehinggalah pada hari majlis kesyukuran tersebut.

MENARIK:  Marsha Milan Lancar Muzik Video ‘Hening Rindu’, Rupanya Ada Plot Twist Drama ‘Lelaki Itu’

Ketika majlis berlangsung Saleha ternampak satu susuk tubuh yang seperti sangat dikenalinya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Saleha merasa cemas kerana lelaki itu merupakan seseorang yang datang dari masa silamnya. Adakah kehadiran Pak De’ bakal menghantui kehidupan dan kebahagian Amir dan Saleha?

Jangan lupa saksikan Tonton Eksklusif: Perempuan Paling Merana di platform penstriman Tonton melalui aplikasi Tonton yang akan ditayangkan pada 5 Jun 2024!

Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular