Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) Dibawakan Oleh Melly Goeslaw pada 1 Jun Selepas ‘Back To School’

Shopee Sale


Penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw kini kembali ke pentas Malaysia menerusi konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada 1 Jun 2024.

Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi)

Sebelum ini, Melly atau nama sebenarnya Meliana Cessy Goeslaw telah mencipta sejarah dan fenomena menerusi konsert unggul Ada Apa Dengan Melly (Back To School) pada Februari 2023 dan pada kali ini, Melly membawakan konsep ‘Malam Graduasi’ bersama Anto Hoed.

Ketika ditemui di sidang media pada Isnin, Melly berkata akan membawa kelainan malah terdapat kejutan pada konsert kali ini termasuk bakal melakukan featuring bersama beberapa penyanyi dari Malaysia dan Indonesia.

Saya sangat suka dengan konsert. Konsert itu bagi saya adalah penyatuan antara saya dengan penonton. Mereka harus terlibat dalam persembahan saya dengan menyiapkan kostum, berhibur dengan konsert. Semoga ianya menjadi sesuatu yang sangat menarik, unik dan memberi inspirasi.

Konsert kali ini pasti akan lebih hebat daripada konsert sebelum ini (Ada Apa Dengan Melly (Back To School).

Sementara itu apabila ditanya mengenai perancangan konsert pada kali ini, penganjur Iman Tang dari Icon Entertainment berkata ianya telah dirancang sejak dari tahun lepas lagi malah kontrak juga sudah ditandatangani.

Dah dirancang dan sign kontrak tahun lepas termasuk tahun hadapan. Sebab tu kita ada Back To School, Malam Graduasi dan tahun lepas surprise, belum tahu lagi.

Bercerita dengan lebih lanjut, Iman Tang berkata konsert yang dibawakan Melly sangat berbeza dengan konsert-konsert lain kerana Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) memiliki konsep. Tambahnya lagi, konsep yang dibawakan itu yang menjadikan sesebuah konsert itu lain daripada yang lain malah diingati oleh penonton.

MENARIK:  Tingkatkan Pakaian Solat Anda Dengan Trade-in Telekung Lama di Butik Siti Khadijah!

Konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) dibawakan oleh AKE Group yang merealisasikan sekali lagi projek mega konsert dari Iman Tang (Icon Entertainment), Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) akan dilaksanakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Jun 2024.

Pembelian tiket Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) boleh dibeli menerusi http://www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 (WhatsApp).

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular