Konsert Coldplay di Kuala Lumpur Menarik Lebih 81,000 Penonton, Jumlah Tiket Terjual Terbanyak

Shopee Sale


Konsert Coldplay: Music of The Spheres Worls Tour in Kuala Lumpur yang berlangsung pada 22 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil telah mencipta sejarah apabila Malaysia mencatat kehadiran penonton paling tinggi.

Konsert paling ramai

Menerusi ciapan di aplikasi X, tiket konsert tersebut berjaya dijual sebanyak 81,812, dimana mereka meraih kutipan kira-kira berjumlah RM52 juta.

Menurut maklumat yang dikongsi di Coldplay Charts, ini merupakan konsert paling ramai penonton hadir dalam kerjaya mereka.

Ketika konsert tersebut, ada peminat yang sanggup berada di luar stadium semata-mata untuk mendengar persembahan band yang berasal dari Britain itu.

Pertunjukan di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur meraih kutipan $10,904,369 (RM52 juta) daripada 81,812 tiket yang dijual.

Ia adalah konsert yang paling ramai dihadiri dalam kerjaya mereka!

‘Satu malam tak cukup’

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meminta Coldplay untuk datang semula ke Malaysia dan melakukan konsert lebih daripada satu hari.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang meluahkan rasa dengan mengatakan bahawa mereka tidak puas dengan konsert tersebut kerana hanya dilakukan selama satu hari.

MENARIK:  ‘Hidup Banyak Berubah Selepas Kahwin & Semakin Tenang Berbanding Dulu’ – Nad Zainal

The following two tabs change content below.



News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular