Konsert ‘Dolla Re:Birth The Experience’ Jadi Bukti Kerja Keras Dolla

Shopee Sale


Nama kumpulan Dolla tidak perlu diperkenalkan lagi apabila mereka telah diiktiraf di pelbagai pelosok dunia berkat muzik yang unik dan gerakan tarian yang lincah.

Artikel berkaitan: ‘Kami Pun Tak Expect Semua Kenal’ – Dolla Tidak Berkecil Hati Dengan SMDX, Terbuka Nak Bekerjasama

Artikel berkaitan: Dolla Tumpang Gembira Syasya Rizal Bernikah, Nafi Berlaku Perselisihan Faham Dalam Kumpulan

Konsert Dolla Re:Birth The Experience

Walaupun baru sahaja mengumumkan pengunduran salah seorang ahli kumpulan mereka iaitu Syasya, kumpulan yang terdiri daripada Sabronzo, Tabby dan Angel itu terus berkembang maju di atas sokongan berterusan peminat mereka yang dikenali sebagai iDolla dan label muzik Universal Music Malaysia.

Dengan cinta dan cita-cita yang tidak berkesudahan ini, Dolla memperkenalkan satu lagi kejayaan dalam kerjaya mereka apabila mengumumkan Konsert Dolla Re:Birth The Experience yang akan datang terbitan Hitman Solutions.

Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, konsert yang akan diadakan merupakan bukti perjalanan luar biasa dan kerja keras Dolla.

Saya amat berbangga dengan pencapaian Dolla dan usaha gigih pasukan kami di belakang tabir dalam menghidupkan konsert ini.

Kami bukan sahaja menghidupkan semula kumpulan nyanyian wanita di Malaysia tetapi juga menetapkan piawaian baharu untuk eksport serantau.

Konsert ini juga akan membolehkan Dolla mempamerkan semua yang telah mereka pelajari sejak kemunculan mereka beberapa tahun lalu.

Kata Tabby selaku wakil Dolla, mereka mahu mencipta pengalaman terbaik bersama peminat tercinta semasa di konsert itu nanti.

Matlamatnya adalah untuk iDolla bergembira dan berseronok bersama kami sambil mencipta kenangan yang akan kekal selama-lamanya. Kami berhasrat mengadakan persembahan yang menakjubkan dan mencipta pengalaman terbaik untuk peminat tercinta kami.

Menurut Angel, Dolla menjanjikan persembahan yang berlainan untuk memberikan kepuasan kepada peminat mereka.

‘Konsert ini akan menjadi era baharu, kelahiran semula Dolla. Kami sedang menyediakan susunan lagu yang baru dan segar untuk konsert akan datang. Sudah tentu persembahan yang tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun sebelum ini akan menjadi pengalaman penuh emosi dan istimewa buat iDollas.

Tambah Sabronzo, konsert sulung Dolla ini sebagai usaha mereka untuk terus berkembang dan memberikan yang terbaik.

Kelahiran semula Dolla memegang visi baharu yang berani, satu evolusi yang merangkap intipati keperibadian kami hari ini. Kami bakal melangkah ke satu ruang yang belum diterokai, menerima perubahan dan menghindari segala rintangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Konsert Dolla bakal berlangsung pada 3 Ogos 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Tiket boleh dibeli di http://www.hitmanlive.com bermula 30 Mei 2024.

MENARIK:  [VIDEO] Individu Rimas Mata Tengok Anak Maryam Younaree Makan, Netizen Tampil ‘Back Up’ – ‘Apa Yang Tak Macam Muslim?

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular