Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun Bikin Penonton Tersentuh, Imbau Kenangan Duet Bersama Achik Spin

Shopee Sale


Hampir 25 tahun menanti, akhirnya hasrat penyanyi Siti Nordiana untuk mengadakan konsert solo tercapai menerusi Konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana, yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu.

Konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana

Sepanjang dua jam konsert berlangsung, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana mendendangkan 21 buah lagu hit sepanjang kariernya termasuk lagu bersama rakan duetnya, Allahyarham Achik Spin.

Konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana disaksikan oleh lebih daripada 2,000 penonton dan tak dinafikan, kesemua yang hadir sangat terhibur dengan persembahan penuh berkarisma oleh penyanyi versatil itu.

Namun segmen yang paling dinanti ramai adalah segmen penghargaan buat arwah Achik. Lebih bermakna apabila penyanyi itu menjemput kesemua penonton untuk menyampaikan lagu duetnya bersama arwah Achik. Antara lagu yang Resipi Berkasih, Gurauan Berkasih dan Paling Comel.

Siti Nordiana kemudian memilih lagu Memori Berkasih yang diterbitkan pada tahun 2001 untuk ‘berduet’ dengan rakan seperjuangannya itu dimana suara arwah menerusi muzik video berkumandang satu dewan.

Emosi penonton tersentuh apabila konsert diselingkan dengan tayangan video istimewa yang mengimbau semula semua kenangan manis dan pahit sepanjang penyanyi itu bergelar anak seni.

Difahamkan, persembahan Siti Nordiana diiringi pemuzik latar The Romeo yang terdiri daripada Johan Shamsudin selaku pengarah muzik,  Eddie Slam, Ujang Exists, Wan Gigi, Kabung, Rizal dan Paang.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Dalam TikTok Saya Nampak Gila, Real Life Pun Gila Tapi Jangan Suruh Saya Nyanyi..Saya Malu’ – Leona

Antara lagu lain yang disampaikan adalah Tak Upaya Menangis Lagi, Seribu Setia, Pelukanmu, Cinta Hanya Sandaran, Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Kasihmu Seakan Berubah, Arah Cinta, Nisan Cinta, Angkata, Terus Mencintaimu dan Hatiku Milikmu.

Tidak ketinggalan, persembahan lagu-lagu irama Malaysia seperti Benang Emas, Zapin Pak Ngah Balik, Bakawali dan Joget Pilihan Jiwa.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular