‘Korang Buang Bella Macam Sampah, Macam Dia Pula Kena Tangkap Khalwat’ – Didi Astillah Bidas Aisyah Aziz

Shopee Sale


didi aisyah

Kemelut rumah tangga antara selebriti Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah kian rumit dan berpanjangan apabila adik-adik mereka pula berbalah di media sosial.

Didi pertahankan Bella

didi aisyah

Susulan hantaran adik kepada Aliff iaitu Aisyah Aziz sebelum ini yang dilihat tidak berpuas hati terhadap seorang individu, adik kepada Bella, Didi Astillah tampil membidas kenyataan penyanyi tersebut berikutan hantaran itu didakwa ditujukan kepada kakaknya.

Didi menerusi perkongsiannya di Instagram Story (IG), bertindak mempertahankan Bella.

Obses nampak baik? (Cakap dengan cermin please). Saya ni memang la tak baik sangat, tapi kak long saya tu dari sekolah baik, boleh tanya semua orang.

Move on like an adults? Siapalah yang pergi buka aib kak long saya? Siap panggil kawan-kawan Alif untuk mengumpat. Video mengumpat pun sampai dua jam, kalau ikut memang nak post je semua.

Siapa yang main game ni? Rasanya korang kot, tak baca ke WhatsApps Aliff dengan Ruhainies?

Dalam masa yang sama, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah mendakwa pihak Aliff yang merancang untuk memburukan reputasi kakaknya.

Nak tutup aib? Haruslah, siapa yang buka aib siapa dulu? Siap merancang jatuhkan kakak saya? Tapi kuasa Allah tidak menandingi apa pun.

Salah Aliff memang banyak, salah Bella satu je. Itu pun dah settle tapi macam tak faham-faham asyik guna alasan ni.

Kita nak apa? Nak abang awak tu diam, habis cerita!

Pelakon berusia 27 tahun itu juga kecewa berikutan Bella didakwa menerima layanan yang tidak baik daripada keluarga Aliff.

Pilih untuk stay sebab anak-anak sister, awak ada anak tak? Tak ada kan. Ini dah sampai tangkap khalwat takkan nak stay lagi? Suka-suka je cakap kakak saya tak ikhlas, awak tu tuhan ke?

Lagi tak slay dari awal, korang perli-perli kakak aku. Buang dia macam sampah. Buang dari family group tanpa tanya khabar dia. Macam Bella pula kena tangkap khalwat. Kesian dia menangis, tak makan berhari-hari sebab korang semua.

Respon Aisyah

didi aisyah

Tidak lama selepas itu, tinjauan mendapati Aisyah kemudian membalas hantaran Didi di IG Story miliknya.

MENARIK:  Jasmine Suraya Bayar Guna Duit Sendiri Kos Penganjian Di Los Angeles – ‘Kenyataan Kerajaan Bagi Dana Tidak Betul’

Terdahulu, episod demi episod tentang kisah kemelut rumah tangga Aliff dan Bella terbongkar selepas aktor itu ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies.

Kontroversi tersebut menjadi lebih besar apabila ‘kekasih gelap’ Aliff iaitu Sarah Yasmine muncul dan mendedahkan mesej perbualan antara aktor itu dengan Ruhainies.

Bukan itu sahaja, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular