Korang Nak Menang Pakej Umrah Secara Percuma, Ini Caranya!

Shopee Sale


Bulan Ramadan dan pun tiba, mesti masing-masing nak fokus buat ibadah puasa, solat sunat dan lain-lain. Bukan apa, Ramadan ni kan setahun sekali je.

Tapi, lagi menarik kalau dapat mengerjakan ibadah Umrah sebab dianggap sebagai ibadah yang sangat mulia dan korang pun boleh mencari redha Allah SWT. untuk mendapatkan lebih keberkatan dan rahmat kan.

Ha…kalau korang nak tahu, Grab ada tawarkan pakej Umrah secara percuma tau. Nak tahu macam mana?

Guna aplikasi Grab, korang berpeluang untuk menang pakej Umrah 2024!

Pada Ramadan kali ini, Grab memperkenalkan cabaran Ramadan untuk memberikan 5 pasang pakej Umrah untuk pemenang terpilih.

Menariknya…macam mana nak sertai peraduan menarik ini? Senang je, korang hanya perlu menggunakan kod promosi ‘UMRAHGRAB’ semasa membuat pesanan melalui GrabFood, GrabCar, atau GrabMart.

Setiap pesanan [UMRAHGRAB] memberikan satu kelayakan untuk korang menang. Tapi, kalau korang gunakan kod promo ini bersama-sama dengan GrabFood Group Order, korang layak untuk mendapat 3x penyertaan sekaligus.

Calon yang telah disenarai pendek nanti hanya perlu menjawab soalan dengan betul (respons terpantas) untuk berpeluang memenangi pakej Umrah tersebut. Seronoknya! Ada rezeki bolehlah buat ibadah Umrah kan.

Tukar ganjaran Grab Rewards korang kepada sumbangan amal yang paling bermakna!

Bukan itu saja, korang juga masih boleh buat ibadah lain seperti memberi sumbangan amal kepada orang yang memerlukan dimana korang boleh menukar ganjaran Grab Rewards di aplikasi Grab itu sebagai sumbangan untuk komuniti di luar sana.

MENARIK:  First Move Semarakkan Ledakan Ekonomi Malaysia Dengan Pelaburan

Grab akan memadan nilai setiap sumbangan GrabRewards yang dibuat sepanjang bulan Ramadan dan Raya ini.

Fuhhh! Banyak juga fungsi dan kelebihan yang korang boleh buat hanya dengan menggunakan aplikasi Grab.

Dari pesan makanan dan beli barangan runcit untuk persiapan sahur dan berbuka puasa, nak tempah perjalanan untuk pergi buka puasa atau jalan-jalan hujung minggu, buat pembayaran bil dan membeli-belah dalam talian. Semuanya boleh!

Dengan inisiatif yang telah dijalankan oleh Grab pada Ramadan dan Raya ini, korang pun sedikit sebanyak dapat manfaat nya.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk memenangi pakej Umrah dan beribadah untuk memperoleh pahala yang berlipat ganda.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular