Kritikan Netizen Terhadap Hafiz Mahamad Berhimpit Nak Cium Hajar Aswad – Video Viral Menimbulkan Kontroversi

Shopee Sale


Usahawan yang merupakan pengasas produk Ainaa Beauty iaitu Hafiz Mahamad mencuri perhatian apabila memuat naik video dirinya dan beberapa orang pekerja yang mahu mencium Hajar Aswad sewaktu sedang mengerjakan umrah di TikTok.

Berhimpit nak cium Hajar Aswad

" data-video-id="7342074571920624898">
@hafizmahamadMereka nak, kita cuba bawa. Semuanya dengan izinnya ??? original sound – Hafiz Mahamad

Menerusi video tersebut, Hafiz menjelaskan bahawa pekerjanya teringin untuk mencium batu suci Hajar Aswad yang terletak di salah satu penjuru Kaabah.

Dapat dilihat, Hafiz dan stafnya berdepan dengan cabaran perlu berhimpit dengan jemaah lain yang juga ingin mencium batu suci tersebut.

Salah seorang pekerjanya yang dikenali sebagai Riena juga kelihatan sesak nafas akibat kesesakan yang dihadapinya ketika itu.

Pencipta kandungan berusia 31 tahun kemudiannya mengambil keputusan untuk bergelut sehinggakan kain ihram yang membaluti badannya tertanggal.

Selepas beberapa ketika bergelut, Hafiz dan para pekerjanya berjaya juga untuk mencium Hajar Aswad.

Walau bagaimanpun, video yang dikongsikan Hafiz itu mengundang respon yang negatif daripada wargamaya di aplikasi X.

MENARIK:  Suami Nadya Syahera Diisytihar Bankrap, Syukur Isteri Masih Sabar & Bertahan – ‘Hutang Cecah Ratusan Ribu Ringgit’

Menurut netizen, Hafiz tidak sepatutnya melakukan konten sewaktu mengerjakan umrah dan sepatutnya fokus melakukan ibadah sepanjang berada di sana.

Komen netizen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular