‘Kulit Putih Tak Semestinya Sihat & Cantik’ – Ika Nabella ‘Sekolahkan’ Wanita Taksub Kulit Muka Cerah

Shopee Sale


Pelakon Ika Nabella memberi pesanan kepada orang ramai untuk tidak membeza-bezakan warna kulit.

Artikel berkaitan: Ika Nabella Puji Cara Bella Astillah Kekal Profesional, Hairan Tindakan Ruhainies ‘Sondol’ Suami Kawan Baik Sendiri?

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Janganlah Dekat Dengan Suami Orang, Ramai Lagi Lelaki Bujang’ – Ika Nabella

Kecantikan bukan pada warna kulit

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ika menegaskan berkulit gelap mahupun cerah tidak melambangkan kecantikan seseorang itu.

Kalau ada yang cakap ‘tak putih pun’ saya tepuk dahi tu. Kulit putih tak semestinya sihat dan cantik. Kulit coklat atau gelap tak semestinya hodoh atau cantik atau penuh cela atau sihat. Faham kan?

Kalau ada yang macam tu tolong pastikan fakta awak betul. Buang pemikiran kuno yang kulit kena putih baru lawa.

Menurutnya, pengambilan produk yang boleh mengubah warna kulit boleh mendatangkan kesan buruk kepada wajah.

Kalau dah lahir coklat tetiba tua jadi putih itu yang bahaya. Apa lah awak tepek kat kulit sampai macam tu kejadiannya. Jaga-jaga nanti hyperpigmentation. Tua sikit bertompok bintik-bintik hitam. Hati-hati sisters.

Saya ada sorang staff yang obsessed nak kulit putih tapi kejap putih kejap warna asal macam susahnya nak kekalkan warna tu.

Lepas tu kering gila sampai nampak smile lines. Selepas berbulan di sekolahkan, sekarang kulit dia lembut elok je. Berseri tak putih tapi cantik bersih dan glow. Sihat pastinya.

Terdahulu, Ika yang memiliki kulit ‘hitam manis’ ini berkongsi satu produk kecantikan yang diamalkan memberikan kesan baik kepada kulit wajahnya.

MENARIK:  Taiwan Mesra Muslim, Cukup 6 Hari Bikin Anda Jatuh Cinta! Menara 101, High Speed Rail & Taman Bunga Sakura Antara Yang Menarik

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular