KUSKOP Sasar RM1.6 Juta Nilai Jualan Sepanjang Program Jualan MADANI Raya 2024

Shopee Sale


Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan jualan sebanyak RM1.6 juta sepanjang penganjuran Program Jualan MADANI Raya (PJMR) KUSKOP 2024.

PJMR KUSKOP 2024 yang berlangsung di Dataran Anjung Syawal, Presint 3, Putrajaya bermula 8 Mac 2024 sehingga 9 April 2024 ini turut menjangkakan kehadiran pengunjung seramai 300,000 orang bersempena dengan Festival Ramadan Putrajaya 2024.

Program berupaya ringankan kos belanja Aidilfitri

Bagi menyokong serta membantu perniagaan usahawan dan koperasi yang berniaga di tapak jualan, satu sesi ‘walkabout’ telah diadakan pihak pengurusan KUSKOP pada 27 Mac 2024.

Sesi ‘walkabout’ tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan yang turut diiringi oleh Pengurusan Tertinggi KUSKOP serta ketua-ketua Agensi di bawah KUSKOP.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan sewwaktu sesi ‘walkabout’ tersebut termasuklah pelancaran sesi ‘happy hour’ yang menawarkan tawaran potongan harga barangan sehingga 30 peratus.

Bukan itu sahaja, terdapat juga penyampaian hadiah cabutan bertuah berupa peralatan elektrik dan hamper sumbangan agensi-agensi di bawah KUSKOP.

Bagi menyelami denyut nadi rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, PJMR 2024 menyediakan 60 gerai jualan dengan pelbagai tawaran menarik barangan keperluan persiapan Aidilfitri dan keperluan harian pada kadar potongan hara sehingga 20 peratus.

Dengan adanya PJMR ini, pihak KUSKOP yakin ia berupaya untuk meringankan kos persiapan rakyat bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

MENARIK:  [VIDEO] Hattan Berhenti Merokok Selepas Kehilangan Arwah Adik – ‘Dia Kuat Merokok, Ada Masalah Jantung’

Bukan sahaja dapat meringankan kos persiapan raya rakyat, malah PJMR juga mampu untuk memperkasa dan mempromosikan perniagaan usahawan dan koperasi dengan tawaran harga yang begitu berpatutan dan menjimatkan.

Pelaksanaan PJMR KUSKOP 2024 ini juga diharapkan dapat merancakkan lagi aktiviti keusahawanan dan koperasi selaras dengan kerangka Malaysia MADANI di bawah nilai kesejahteraan yang membawa elemen terangkum dan keseimbangan hidup masyarakat bagi menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular