KWSP Tambat Hati Pengunjung KJH Penang Dengan Pelbagai ‘Game’ & Segmen Menarik Bersama Selebriti TV3!

Shopee Sale


KWSP

Kemeriahan booth Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diteruskan lagi, kali ini di Karnival Jom Heboh (KJH), Pulau Pinang.

Sambutan yang diterima cukup menggalakkan sehingga staff KWSP tak menang tangan melayani pengunjung yang tak henti-henti hadir memeriahkan suasana di booth KWSP.

Macam-macam permainan dan segmen yang mereka anjurkan bahkan pengunjung yang hadir turut berpeluang beramah mesra bersama selebriti TV3 sambil mendapatkan info dan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan KWSP.

Permainan interaktif tarik pengunjung singgah ke booth KWSP.

Sempena KJH kali ini, KWSP telah memperkenalkan permainan interaktif baharu Smash The Scammer selain Hammer The Scammer.

KWSP

Permainan Smash The Scammer memberi peluang kepada pengunjung untuk menguji kekuatan di mesin tinju yang disediakan dan pengunjung haruslah memperoleh markah tertinggi untuk mendapatkan cenderahati istimewa KWSP.

Permainan Hammer The Scammer dan Smash The Scammer bukan sahaja memberikan keseronokan kepada para pengunjung, tetapi ia juga memberi kesedaran kepada para pengunjung supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu daya skim penipuan dan kepentingan untuk melawan scammer.

Selebriti TV3 meriahkan booth KWSP!

Penampilan istimewa selebriti tempatan seperti Fedtri Yahya, Anim Ezati, Amirul Hakim Lokman dan Izzati Nizam menyerikan lagi suasana di booth KWSP.

KWSP

KWSP

Tidak hanya menghiburkan pengunjung yang hadir, mereka turut berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan KWSP  dan dalam masa yang sama menyampaikan mesej mengenai kepentingan celik kewangan dalam pengurusan dana persaraan.

Selain itu, mereka turut mengadakan sesi soal jawab dan kuiz bersama pengunjung yang hadir bagi memeriahkan lagi suasana di booth KWSP.

Pasukan Relastionship & Advisory (RA) KWSP bantu rancang dana persaraan!

Tidak hanya menyediakan slot permainan dan hiburan, KWSP turut menyediakan khidmat nasihat bagi membantu pengunjung yang hadir merancang dana persaraan dan meningkatkan tahap celik kewangan kepada mereka dengan sebaiknya.

KWSP

Khidmat nasihat ini dikendalikan oleh pasukan Relationship & Advisory (RA).

Pelbagai maklumat berkenaan pelbagai perkhidmatan KWSP seperti Penamaan, i-Saraan, i-Sayang, dan i-Lindung telah dikongsikan.

MENARIK:  ‘Stay Strong Bella Astillah! Kesabaran Akan Membawa Ketenangan’ – Syed Saddiq

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai transaksi i-Akaun di mobile truck KWSP yang telah disediakan.

Memang cekap dan efisien betul cara petugas-petugas KWSP yang berada disana mengendalikan jumlah pengunjung yang luar biasa.

Pengunjung seronok bawa pulang cenderahati KWSP sambil makan aiskrim percuma!

Lebih menyeronokkan lagi apabila ada pengunjung yang berjaya membawa pulang cenderahati istimewa KWSP setelah menyertai sesi soal jawab kuiz dan permainan yang KWSP anjurkan.

Mereka juga dilihat menikmati aiskrim dan kacang kuda secara PERCUMA!

Di samping itu, kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa mereka turut dihiburkan oleh Si Badut, Che Mamat. Macam-macam trick yang Che Mamat buat untuk menghiburkan pengunjung yang hadir. Min pun ikut sekali enjoy disana.

Semoga usaha dan komitmen KWSP dalam mendidik masyarakat merancang dana persaraan dengan betul dapat diteruskan kerana ini merupakan satu komitmen dan dedikasi KWSP bagi memastikan nasib para pencarum mereka terbela.

Jadi, pastikan korang sertai #TeamKWSP di lokasi KJH seterusnya dan main sepuasnya di booth KWSP sambil mendapatkan maklumat tentang produk dan perkhidmatan KWSP yang disediakan..

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular