Lagu ‘Drunk Text’ Mendapat Pujian Daripada Henry Moodie, Muncul Di Tangga Ke-2 Spotify!

Shopee Sale


Henry Moodie

Penyanyi asal United Kingdom, Henry Moodie meluahkan rasa terharu apabila lagu nyanyianya berjudul Drunk Text tular di Malaysia.

Terima kasih Malaysia

Henry Moodie

Menerusi perkongsian video di TikTok, Henry Moodie berkata dia tidak menyangka apabila lagu tersebut diterima baik sehingga berjaya menduduki tangga kedua di carta penstriman Spotify.

Ini memamg betul-betul gila. Lagu ‘Drunk Text’ menduduki tangga kedua carta Spotify di Malaysia.

Terima kasih sangat-sangat dari lubuk hati saya yang paling dalam kepada semua yang mendengar dan menyokong lagu ini.

Dalam video sama, penyanyi berusia 19 tahun itu berkata dengan kejayaan tersebut membuatkan dia tidak sabar untuk datang ke Malaysia.

Kejayaan ini juga membuatkan saya bercadang dan tidak sabar untuk berjumpa dengan anda suatu hari nanti secara berdepan.

Sementara itu, rata-rata peminat yang singgah ke ruangan balas mengatakan mereka sudah jatuh cinta dengan lagu Drunk Text selain memuji kualiti serta komposisi lagu tersebut.

Malah, tidak kurang juga yang berharap penyanyi itu bakal mengadakan lawatan konsert atau ‘tour’ ke Malaysia kelak.

Untuk info, sejak kebelakangan ini lagu Drunk Text sering menjadi pilihan pengguna media sosial untuk dijadikan muzik latar ketika mereka memuat naik sebarang perkongsian di Instagram mahupun TikTok.

MENARIK:  Bella Astillah Tarik Diri, Enggan Berlakon Sekali Drama ‘Terjerat’ Dengan Aliff Aziz & Ruhainies?

Video

" data-video-id="7334671622638423329">
@henrymoodie Malaysia & Indonesia ???? thank you for all the support!! #fyp #drunktext ? drunk text – Henry Moodie

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular