Lagu SAH Sarah Suhairi & Alfie Zumi Cipta Sejarah, Tembus Carta Top 200 Spotify Indonesia

Shopee Sale


Kolaborasi penyanyi meningkat, Sarah Suhairi bersama Alfie Zumi melalui lagu berjudul ‘SAH’ (Setia Akhir Hayat) yang dilancarkan pada 19 Januari lalu dilihat mendapat sambutan hangat selepas lagu ini menjadi tular di media sosial.

Tembus carta Spotify Indonesia

Lebih manis, lagu ciptaan Kid Ariba ini juga telah menembusi Carta Top 200 Spotify Indonesia dan meraih tempat yang ke-45 pada minggu 23 hingga 29 Februari 2024 sebelum naik sembilan lagi anak tangga ke tangga 36 pada minggu 1 hingga 7 Mac 2024.

Mereka telah menarik lebih daripada 8.9 juta peminat Spotify, dengan strim harian yang mencecah 300 ribu daripada Indonesia dan 100 ribu daripada Malaysia.

Bukan itu sahaja, lagu ini berjaya menarik perhatian orang ramai di rantau ini dengan meraih lebih daripada 7.2 juta tontonan di YouTube.

Selain itu, mereka juga memperoleh pencapaian yang sangat membanggakan apabila meraih sebanyak 1 bilion tontonan menerusi aplikasi TikTok dan lebih daripada 2.2 juta video yang dihasilkan oleh pengguna. Kejayaan ini menunjukkan kehebatan Sarah Suhairi & Alfie Zumi dalam memikat hati peminat muzik di Indonesia dan Malaysia.

Mereka juga membuktikan kebolehan mereka dalam penghasilan karya yang menyentuh jiwa dengan melodi yang memukau dan lirik yang mendalam.

Gandingan Sarah & Alfie menerusi lagu ini merupakan lagu penghargaan buat semua pasangan yang telah mengharungi jatuh bangun mereka dalam penghubungan sehingga berjaya meniti ke hari bahagia.

Sesuai dengan peredaran muzik kini, lagu ini dicipta seiring dengan usia mereka berdua menerusi genre pop yang juga kekuatan Sarah & Alfie yang sinonim dengan muzik rancak.

MENARIK:  ‘Kulit Putih Tak Semestinya Sihat & Cantik’ – Ika Nabella ‘Sekolahkan’ Wanita Taksub Kulit Muka Cerah

Apa yang lebih istimewa mengenai lagu ini ialah Sarah & Alfie berkongsi minat yang sama dimana mereka memilih untuk menampilkan tarian dalam muzik video mereka.

Sekadar info, lagu ‘SAH’ (Setia Akhir Hayat) ini telah dilancarkan di semua platform strim muzik iaitu Spotify, Apple Music dan YouTube Music bermula pada 19 Januari 2024 lalu manakala video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube RUSA Music pada 22 Januari 2024.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular