Lan Pet Pet Sedih Kerana Periuk Meniaga Dicuri Berisiko Lebih RM10,000 – ‘Kami Bersyukur Diberi Kekuatan oleh Allah’

Shopee Sale


Pelakon dan pelawak terkenal, Lan Pet Pet meluahkan rasa kecewanya selepas peralatan memasak yang bakal digunakan buat perniagaannya dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Rugi lebih RM10,000

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lanpetpet (@lanpetpet)

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG), Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad walau bagaimanapun memaklumkan dirinya tetap bersyukur kerana masih dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT untuk terus bersemangat memulakan perniagaannya di sebuah karnival makanan yang bakal berlangsung di Kulim, Kedah.

Menurut ahli kumpulan Senario itu, dia tetap akan hadir dan menyediakan juadah terbaik buat pengunjung yang hadir di karnival makanan tersebut.

Tak tahu nak cakap macam mana, periuk belanga buat persiapan perniagaan kami semuanya telah dicuri.

Terima kasih, Ya Allah kau beri kami kekuatan. Apa-apa pun, janji tetap janji.

Saya berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan perniagaan saya dan akan tetap hadir ke karnival makanan di Kulim.

Saya janji saya akan tunaikan tetapi anda juga jangan lupa doakan untuk saya dan kru saya ya.

Di akhir videonya itu, Lan turut memanjatkan doa agar Allah SWT merahmati perniagaannya serta memberikan kekuatan buatnya menghadapi ujian tersebut.

Sementara itu, Lan tampil menjelaskan anggaran kerugian yang dihadapinya susulan kejadian tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, Lan memaklumkan bahawa sebanyak tiga unit periuk besar bersaiz 90 sentimeter dicuri dan berdepan dengan kerugian lebih RM10,000.

Kedai tutup kerana saya dan ‘team’ pergi berniaga di Kuantan. Setiap biji periuk ini satunya berharga RM1,200. Team saya dah buat laporan polis.

Barang lain yang dicuri ialah motor mesin kacau kuah, kabel dan pelbagai lagi. Anggaran nilai kecurian lebih RM10,000.

Yang saya ‘down’ sangat, semalam saya nak ambil periuk kerana nak mula berniaga di Kulim hari ini, tengok-tengok periuk semua tiada.

MENARIK:  Gambar Badan Berotot Meerqeen Bikin Peminat Tak Senang Duduk, Siap Ada Nak Jadikan ‘Wallpaper’ Telefon

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular