Lebih ‘Fun’ Dan Meriah, TikTok Shop Bakal Sambut Ulang Tahun Dengan Acara 6.6 Fiesta Hari Jadi

Shopee Sale


Sedar tidak sedar TikTok Shop bakal menyambut ulang tahun kedua mereka pada Jun 2024 ini!

Haa.. sebut mengenai ulang tahun tidak sah rasanya jika tiada sambutan dan promosi bagi menghargai para pengguna serta pembeli di TikTok Shop!

6.6 Fiesta Hari Jadi TikTok Shop

Bagi meraikan ulang tahun penuh makna platform media sosial ini, TikTok Shop bakal mengadakan sambutan yang berlangsung selama lima hari bermula dari 3 Jun sehingga 7 Jun 2024.

Sambutan ini dimeriahkan lagi apabila TiktokShop sedia menawarkan beberapa tawaran menarik terdiri daripada penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, penawaran 6 hadiah menarik secara harian sempena 6.6 hashtag challenge dan juga tawaran mencecah RM6 juta sedia untuk direbut. Wow!

" data-video-id="7372829120012602642" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
@tiktokshop_my

Sempena #TikTokShop66Countdown ni, kita nak bagi 6 surprise boxes ?? yg bernilai RM600. Cara nak main senang je: 1??Main brand effect filter #TikTokShop66FiestaHariJadi 2??Tap pînata bag, cuba dapat 66 point minimum point dalm 15 secs 3??Post needs to include #TikTokShop66Countdown & #TikTokShop66FiestaHariJadi 4??Tag @tiktokshop_my Senang kan? Goodluck! #TikTokShop

? Don’t Play – Gliterott & Slip.stream

Mengekalkan konsep ‘shoppertainment’, TikTokShop bakal melangsungkan TikTok Shop 6.6 Fiesta Hari Jadi secara live pada 5 Jun bermula jam 9 malam sehingga 11 malam menerusi platform TikTokShop_MY (akaun rasmi TikTok Shop), dan YouTube TV3.

Sepanjang dua jam ini, korang bakal dihiburkan dengan telatah daripada para content creator seperti Haziq, Nani, Syamel, Imranbard, Ceddy dan pelbagai lagi. Serius meriah!

Bukan itu sahaja, TikTok Shop bakal turut mengadakan seleksi siri livestream di mana korang boleh menonton bagaimana demonstrasi produk dibuat, melihat secara belakang tabir konten daripada jenama dan influencer pilihan korang.

Oh ya, tawaran menarik dan baucar juga turut tersedia tau!

Sertai sambutan ulang tahun TikTok Shop di Sunway Pyramid!

Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun sekaligus menghargai para pengguna, TikTok Shop telah bekerjasama dengan Sunway Pyramid bagi menjayakan acara ulang tahun yang bakal berlangsung pada 6 Jun sehingga 9 Jun ini!

Acara yang berlangsung ini bakal menjanjikan pelbagai pengalaman menarik di mana korang berpeluang mendapatkan pelbagai tawaran baucar serta hadiah menarik daripada jenama-jenama popular yang terlibat.

MENARIK:  [VIDEO] Haliza Maysuri Bagi Duit Raya RM10k Dekat Mak

Selain itu, korang juga berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana influencer atau penjual pilihan korang menjayakan live di platform TikTok. Lebih menarik, sesi soal jawab turut tersedia di mana korang boleh belajar cara berinteraksi secara live dan bersoal jawab bersama para influencer. Menarik bukan?

TikTokShop juga turut menawarkan seleksi permainan menarik membolehkan korang memenangi pelbagai hadiah menarik. Serius korang tak akan bosan dengan sambutan yang bakal dilangsungkan TikTok Shop ini!

Paling menarik, sudah tentunya penawaran baucar dan hadiah eksklusif yang ditawarkan khas oleh pihak TikTok Shop di Sunway Pyramid ini. Difahamkan, hadiah eksklusif ini ditawarkan sebagai tanda menghargai korang yang menyokong komuniti TikTok Shop.

Jenama-jenama hebat seperti Arila, Cosrx, Zucca, Savanna Koko, Skintific dan pelbagai lagi antara yang bakal turut serta dalam sempena sambutan ulang tahun kedua TikTok Shop ini.

Apa tunggu lagi? Ayuh sertai ulang tahu 6.6 Fiesta Hari Jadi TikTok Shop di Sunway Pyramid dan nikmati pelbagai promosi serta berhibur bersama para influencer hebat! Jumpa di sana!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular