Lelaki Menyesal Menikahi Bini Tambahan Kerana Niat Tolong Janda – ‘Isteri Kedua Memperlakukan Aku Seperti Hamba’

Shopee Sale


Boleh dikatakan isu melibatkan poligami dalam rumah tangga semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sudah pasti, poligami merupakan satu perkara yang disukai segelintir lelaki namun tidak bagi seorang individu ini apabila dia tampil meluahkan penyesalan selepas ‘tambah’ isteri.

Menyesal berpoligami

Menerusi aplikasi X, seorang individu tampil meluahkan apa yang terbuku di hatinya selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Menurut individu berkenaan, selepas dia bertindak berkahwin lagi, layanan isteri pertama sudah tidak mesra seperti sebelum ini.

Aku lelaki yang menyesal kahwin dua. Isteri pertama dah tak manja macam dulu, anak kandung dah benci aku.

Anak tiri layan aku macam bank, isteri kedua layan aku macam hamba.

Individu tersebut menambah bahawa jika dia diberikan ruang untuk memutarkan semula masa sudah tentu dia tidak akan berpoligami.

Sementara itu, dia turut menjelaskan bahawa sebab dirinya mendirikan rumah tangga sekali lagi hanyalah untuk membantu isteri kedua yang dahulunya merupakan seorang janda.

MENARIK:  [VIDEO] Kate Middleton Dedah Hidap Kanser

Walau bagaimanapun, wargamaya tampil memberikan komen dan pandangan bahawa itulah padah yang perlu dihadapinya kerana memilih untuk berpoligami.

Komen netizen

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular