Lelaki Miang! Sambil Cakap Telefon Tayang Kemaluan

Shopee Sale


Seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh terhadap pekerja wanita pusat aksesori telefon di Manggatal, Sabah sedang diburu oleh pihak polis.

Bukan pelanggan biasa

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda, hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian itu berlaku pada hari Jumaat lalu, kira-kira 8.30 malam.

Tambah Kasim, suspek dikatakan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan kemaluannya sambil bertelefon.

Suspek dikatakan bukan pelanggan biasa di kedai berkenaan dan tidak pernah dilihat datang ke kedai berkenaan. Suspek dilihat memakai baju berwarna putih dengan zip seluarnya terbuka.

Ujar Kasim, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, suspek juga dilihat berlegar-legar di kawasan belakang kedai berkenaan.

Berikutan daripada itu, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berbicara lebih lanjut, Kasim memberitahu pihaknya masih menjejaki suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek dikehendaki supaya tampil membantu siasatan.

MENARIK:  Abby Abadi Tak Jaga Makan Selepas Rawatan Bariatrik, Turun Berat Badan Cara Diet Sihat

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular