Lelangit & Bibir Kemerahan, Kemaluan Koyak & Berbau Hamis..Bongkar Budak 2 Tahun ‘Diratah’ Pemilik Rumah Sewa

Shopee Sale


Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang ibu membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa anaknya yang baru berusia dua tahun menjadi mangsa serangan seksual oleh pemilik rumah sewanya.

Mangsa serangan seksual

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BANTU FOLLOW UP (@korbanorangbiadab)

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, ibu mangsa mendakwa dia hanya mengetahui insiden tersebut selepas anak kecilnya itu mengadu sakit pada bahagian kemaluan ketika membuang air kecil sejak September lalu. Namun sekitar 2 Oktober 2024, si ibu melihat bahagian lelangit mulut anaknya kemerahan dan terdapat kesan melecet pada bahagian bibirnya.

Susulan daripada itu, dia membawa mangsa ke hospital di Kalimantan Timur, Indonesia untuk pemeriksaan. Tetapi apa yang mengejutkan pegawai perubatan mengesahkan terdapat cecair lendiran seperti keputihan dan berbau hamis pada alat kelamin mangsa. Bukan itu sahaja, terdapat kesan luka dan koyak pada empat bahagian vagina sekaligus membuktikan terdapat tindakan kekerasan berulang terhadap mangsa.

Bagaimanapun, ibu mangsa mendakwa keluarga tertuduh menafikan dakwaan itu dan mereka mengugut mahu mengambil tindakan terhadapnya atas tuduhan tersebut.

Saya hanya pendatang dan bergantung dengan gaji suami yang bekerja kontrak. Kenapa saya syak pelaku sebab saya percaya pengakuan anak sendiri.

Meskipun terima ugutan, ibu mangsa masih nekad mahu menegakkan keadilan buat anaknya dan berharap pelaku mendapat hukuman yang setimpal atas perbuatannya.

MENARIK:  [VIDEO] Watie Berkongsi Momen Emosional Shuib Menangis di Mimpi Arwah Siti Sarah – 'Dia Merasakan Sedih Kerana...'

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular