‘Lima Tahun Kami Sekeluarga Terima Pelbagai Persepsi Daripada Masyarakat’ – Jebat Lega Kes Harta Arwah Ayah Selesai

Shopee Sale


Selepas lima tahun berjuang, anak kepada Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Jebat meluahkan rasa lega kerana kes harta arwah bapanya sudah selesai.

Rasa lega

Menurut Jebat, dia sentiasa ingat pesanan bapanya agar hanya bersuara apabila keputusan sudah muktamad.

Alhamdulillah, saya memang rasa lega. Selama lima tahun kami sekeluarga menerima pelbagai persepsi daripada masyarakat. Sekarang, saya rasa lebih tenang sebab kebenaran sebenarnya terbukti di pihak saya.

Saya ikut pesanan ayah agar tidak terlalu dihebohkan pada awam. Apa-apa pun orang kata kepada keluarga, kita simpan sampai dah terbukti di mahkamah, baru kita akan kongsi.

Pesan ayah lagi, biar keputusan dan betul-betul muktamad, barulah kita buat apa yang sepatutnya.

Tambah Jebat, apa yang berlaku sebelum ini telah menjejaskan namanya dan keluarga.

Pada saya, memang nama saya terjejas sebab di luar sana, kita dapat lihat berlegar berita yang mengatakan saya menipu dan memalsukan tanda tangan.

Tapi, sebenarnya, pada 2012 lagi, memang niat ayah saya memberikan tanah itu kepada saya dan saya ada dokumennya. Tanah ini adalah tanah rizab Melayu dan pada ketika itu, perlu ditandatangani di depan pembantu pegawai daerah.

Jadi, apabila dikatakan ayah menandatangani dokumen itu ketika sedang sakit dan sebagainya, mustahil kerana ada pegawai di situ sebagai saksi.

Tohmahan-tohmahan itu sangat menjejaskan terutamanya ibu saya. Dia dihina dan dicaci. Saya memang susah nak terima benda itu kerana itu ibu saya.

Saya rasa marah

Disoal sama ada sudah memaafkan saudaranya atas apa yang berlaku, Jebat berkata, ia mungkin akan mengambil masa.

Sebagai umat Islam, memanglah saya ada rasa marah, tetapi, untuk memaafkan itu saya rasa belum lagi setakat ini. Mungkin akan tiba masanya, tapi, sekarang masih lagi baru berlaku. Tapi, Insya-Allah. Saya berlapang dada.

Terdahulu, Jebat berdepan dakwaan memalsukan dokumen Surat Wakil Kuasa membabitkan sebidang tanah seluas 0.265 hektar di Kampong Pasir, Gombak yang dibuat oleh dua abangnya, Jeffrey Jins dan Hang Tuah, tiga tahun lalu.

MENARIK:  Pose Peluk, Laga Pipi Syafiq Kyle & Tracie Sinidol Curi Perhatian Netizen – ‘Perlu Ke Macam Tu?’

Namun, pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Jeffry dan Tuah dan kedua-dua mereka perlu membayar kos sebanyak RM10,000 kepada ketiga-tiga defendan termasuk Jebat.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular