Lima Tahun ‘Menyepi’, Qalam Band Kembali Dengan Lagu Aidilifitri Bertema Zapin Berjudul ‘Raikan Raya’

Shopee Sale


Qalam Band

Lebih lima tahun tidak muncul dengan sebarang naskhah baharu, akhirnya Qalam Band kembali dengan lagu berjudul ‘Raikan Raya’ sempena kedatangan Aidilfitri kali ini.

Raikan Raya

Qalam Band

Teruja dengan peluang yang diberikan, pastinya perasaan ketiga-tiga ahli kumpulan ini bercampur baur menantikan reaksi daripada peminat.

Menurut vokalis Qalam Band iaitu Eynol, kumpulannya ‘menyepi’ untuk tempoh beberapa tahun disebabkan masing-masing mempunyai komitmen dan tanggungjawab.

Memang kami menyepikan diri seketika, tapi tidak bermakna kami hilang. Masa itu masing-masing mempunyai komitmen dan tanggungjawab kepada pelajaran, kami kena perlahankan kerjaya seni seketika.

Tapi sekarang apabila semuanya sudah boleh membahagikan masa barulah kami bersatu kembali dengan mencuba nasib dengan lagu raya. Harapnya peminat menerimanya dengan baik sekali gus menaikkan semula nama Qalam Band.

Menariknya, ‘Raikan Raya’ merupakan lagu hasil ciptaan Faizwan yang juga merupakan gitaris Qalam Band, manakala lirik pula oleh Mukhrizad yang bertindak selaku pemain bass kumpulan ini.

Lari daripada kebiasaan, Faizwan berkata mereka memilih tema zapin sebagai nuansa untuk buah tangan kali ini disebabkan mahu mengangkat kembali irama berkenaan ke tempat yang sepatutnya.

Apabila mahu kembali kepada industri, kami berfikir mahu mencari sesuatu yang istimewa untuk pendengar.

Jadi hasil perbincangan akhirnya kita memilih rentak zapin sebagai pertaruhan memandangkan sudah tidak banyak lagi lagu raya berentak sedemikian.

Istimewa irama tradisional ini memang lain daripada yang lain. Kami sengaja memilih zapin ini kerana ingin menerapkan kembali rasa cinta kita kepada rentak tradisi kita supaya tidaklah lapuk ditelan zaman.

Tetapi saya juga bereksperimentasi dgn rentak zapin itu dengan menggabungkan dengan rentak salsa yang popular dari Barat pada bahagian korus.

Bercerita mengenai proses rakaman pula, Eynol menjelaskan yang mereka tidak berhadapan dengan masalah besar memandangkan segala persiapan sudah dibuat terlebih dahulu sebelum masuk ke studio.

Memang semua orang teruja nak masuk semula ke studio rakaman. Kami sendiri dah lama tak ada lagu baharu. Bila dapat buat projek ni, masing-masing gembira dapat bikin video muzik dan sebagainya.

Setidaknya kami sudah mengubat kerinduan peminat yang selalu bertanya bila lagi Qalam Band nak buat single baharu. Ini pun sudah cukup menggembirakan mereka.

‘Raikan Raya’ yang akan dilancarkan secara rasmi mulai 29 Mac ini diseluruh platform digital merupakan kerjasama antara Sheikh Qalam Records dan Sony Music Malaysia.

MENARIK:  ‘Dari RM100 Naik Ke RM200’- Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Masih Culas Bayar Nafkah Setiap Anak

Video muzik lagu ini pula boleh ditonton melalui YouTube Sony Music Vevo pada hari yang sama.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular