Liyana Jasmay Tegur Content Creator, Selamba Buat Reviu Kutuk Filem Tempatan – ‘Sebab Nak Engagement Tinggi, Sangat Basi!’

Shopee Sale


Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir pencipta kandungan yang mengecam filem tempatan.

‘Muzikal filem apa yang awak dah tonton?’

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story, Liyana atau nama lengkapnya Liyana binti Jasmay menyifatkan tindakan individu yang membuat reviu mengutuk filem tempatan adalah kerana mereka mahukan perhatian daripada orang ramai.

Bila semua nak review filem sebab nak tarik pengikut tinggi jadi kutuklah apa lagi.

Tolong la semua yang kutuk-kutuk sebab nak engagement tinggi ke page awak. Sangat basi!

Bukan itu sahaja, aktres berusia 38 tahun ini turut mempersoalkan sejauh mana kredibiliti dan ilmu tentang penfileman yang dimiliki oleh para pencipta kandungan sehingga menganggap diri mereka ‘layak’ membuat penilaian sesebuah karya filem.

Tiba-tiba awak peminat filem muzikal, muzikal filem apa yang awak dah tonton?

Difahamkan, kenyataan ditulis Liyana itu dipercayai merujuk kepada reviu terhadap filem terbaharu lakonannya berjudul Baik Punya Ah Long yang mula ditayangkan sejak 12 September lalu.

MENARIK:  Adira Menangis Tengok Video Datuk Red Ditemu Bual Media?

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular