Loca B Syukur Anak Sulung Akhirnya Dapat Status Warganegara Malaysia Selepas 8 Tahun

Shopee Sale


Loca B

Penyanyi Loca B meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Yusuf Alezander akhirnya berjaya mendapatkan status warganegara Malaysia selepas lapan tahun menunggu.

Anak dapat kewarganegaraan

Loca B

Menerusi perkongsian di TikTok, Loca B atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali, 32, berkata dia telah menerima panggilan telefon daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memaklumkan hal berkenaan.

Saya pernah berkongsi perjalanan sukar untuk mendapatkan kerakyatan bagi anak saya, Yusuf. Sekarang saya mahu berkongsi bahawa saya telah mendapat panggilan JPN.

Yusuf akan menjadi warganegara Malaysia. Terima kasih kepada semua yang membantu dalam perjalanan ini. Alhamdulillah untuk Ramadan kali ini.

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran, isteri kepada penyanyi Tuju itu turut bersyukur kerana tidak perlu lagi berulang-alik ke Pejabat Kedutaan Malaysia untuk memperbaharui visa anaknya.

Tiada lagi lawatan ke kedutaan.

Sekadar info, Yusuf, 8, merupakan anak sulung Loca B hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami dan kanak-kanak itu dilahirkan di United Kingdom.

Loca B kemudian berkahwin iuntuk kali kedua dengan Tuju pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Bintang Aiko, 2.

MENARIK:  Ellie Suriaty ‘Sekolahkan’ Ruhainies – ‘Tiada Perikemanusian, Biadap Perangai Bawa Balik Suami Kawan Ke Rumah Berkali-Kali’

Sebelum ini, Loca B pernah meluahkan rasa kecewa apabila anak pertamanya itu tidak mendapat status kewarganegaraan kerana bekas suami bukan warganegara Malaysia.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular